Rumahtangga Syurga(1)


14/01/2006

Luahan Hati Pengantin Baru

Sinopsis
Perkahwinan dibenarkan Tuhan dengan tujuan membangunkan jemaah kecil Islam di dalam rumahtangga . Institusi ini dianggap tapak atau asas untuk membina jemaah Islamiyah. Dari sanalah akan dibangunkan Daulah Islamiyah. Rumahtangga umpama batu bata kecil untuk diguna membangunkan bangunan yang gagah-gagah. Tanpa batu bata ini, bagaimana mungkin terbinanya tamadun ummah?

Sungguh perkahwinan bukan semata-mata untuk keseronokan seksual. Bukan dan bukan! Kalau perkahwinan hanya dilihat di sudut itu, akibatnya, rumahtangga akan pendek umurnya. Buktinya sudah cukup banyak terjadi bukan? Ketahuilah bahawa sebenarnya Islam merancang perkahwinan adalah sebagai satu langkah awal untuk menuju kepada pembangunan umat. Baik rumahtangga, baiklah masyarakat. Rosak rumahtangga, rosaklah umat.

Tegasnya, perkahwinan itu ditetapkan oleh agama, adalah dengan maksud terbangunnya sebuah tapak perjuangan dalam sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan anak-anak . Himpunan tapak-tapak inilah akan menjadikan perjuangan Islam itu akan membesar menuju kepada kegemilangan dan kedaulatan.

Warkah Untuk Suami Tersayang

Wahai suamiku,
Terima kasih kerana memilih aku untuk jadi isterimu. Mengambil tanggungjawab untuk menjaga aku daripada ibu bapaku adalah satu pengorbanan yang sangat besar buatku. Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih dan membalasi kebaikan darimu. Moga-moga aku dari kalangan wanita yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.

Wahai suami ,
Membina rumatangga adalah satu jual beli yang mencabar sekali. Dunia perniagaan ini penuh dengan untung dan rugi. Jatuh dan bangun, aku belum pasti. Apakah aku pandai bersikap di waktu-waktu mendapat untung, aku belum pasti. Dan lebih-lebih lagi aku tidak dapat berjanji bahawa aku mampu menghadapi saat-saat yang merugikan.Aku takut wahai suami, melihatkan berapa ramai isteri-isteri yang bermusuh dengan suami yang dicintai di hari-hari mereka diuji Tuhan. Sehari sebelum, di waktu nikmat, mereka ketawa ria, tapi hanya besoknya mereka dilanda ujian yang membawa perceraian. Rasulullah kan sudah beritahu; di dalam Neraka kelihatan ramai wanita kerana penyakit kufur nikmat.

Aku merayu padamu wahai suami,
Tolong doakan wahai suami, supaya isterimu adalah seorang yang boleh memaafkan, taat setia dan sabar serta syukur nikmat. Moga-moga rumahtangga kita ini ialah masjid yang menaungi jemaah Islamiah, tapak kepada ummah.
Akhirnya wahai suami ku, aku pohon izinmu untuk ikut memperjuangkan agar rumahtangga ini benar-benar menjadi masyarakat Islam contoh kepada generasi masa kini.


...bersambung

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer