Renungan.....


09/07/2006

1. Fikirkan tentang hidup yang sedang dan masih berlangsung. Dengan apa ia berlaku? Iaitu dengan oksigen (udara).

Siapa ciptakan, bekalkan, kawal dan berikan oksigen? Ini untuk seluruh dunia..kalau kurang atau terlebih oksigen ia tak sesuai untuk kita hidup. Udara dan environment sekarang penuh dengan berbagai-bagai racun tetapi oksigen untuk kita hidup masih dengan selesa. Jawapannya ialah TUHAN. TUHAN yang atur ini semua. Terima kasih TUHAN, Thank you GOD.

2. Dengan apa lagi hidup ini dapat diteruskan? Dengan adanya makanan. Ada nasi, ada ikan, ada daging, ada pisang dan sebagainya.

Siapa tuan punya dan pencipta sebenarnya semua makanan ini? Tiada lain melainkan TUHAN. Rasa makanan pula berbeza-beza dan berbagai-bagai, ada rasa manis, masam, pahit, kelat, pedas dan diantara kita pula ada yang suka durian, ada pula yang tak suka. Siapa yang kawal rasa-rasa ini. Sudah tentu TUHAN! Mari kita berfikir-fikir akan benda-benda yang elok yang TUHAN beri kepada kita dan insyaALLAH ia akan membawa kita lebih hampir kepadaNya.

Tak payah nak sembahyang sunat banyak-banyak atau nak khatam Al-Quran berkali-kali...dengan berfikir tentang makanan yang Tuhan berikan pun sudah dapat membuat kita rasa berTUHAN. Apa nak kita ucapkan? Terima kasih TUHAN, Thank you GOD.

3. Bagaimana dengan air? Sungguh penting bagi kita.
Gambarkan kalau air tiada? Matilah kita jawabnya...kita rasa sembelit, nak pergi ke bilik air tapi air tak ada untuk beristinjak...nak cuci gigi tak ada air dan lain-lain. Tapi air itu siapa yang punya? Bukankah TUHAN saja yang mampu menciptakan untuk keperluan asasi kita? Terima kasih TUHAN!

4. Anda pernah sakit? Bagaimana ia boleh berlaku dan bagaimana pula ia boleh sembuh?

Siapa dapat jamin yang anda tidak akan jatuh sakit lagi? Atau jangan-jangan sakit kali ini sampai boleh membawa maut? Seorang doktor pun tak boleh elak dari sakit. Mati itu pun sakit juga. Hanya TUHAN yang boleh menjawabnya. Tanda seorang itu protes dengan TUHAN ialah sewaktu ia sakit dia dah tak sembahyang. Yang tak boleh sembahyang hanyalah orang yang dah mati. Sewaktu kita sakit, kita fikirkan roh kita, hubungan kita dengan TUHAN, dalam keadaan macam mana pun diwaktu sakit kita wajib bersembahyang.

Kebanyakan doktor hanya fikir makanan pesakit tetapi tak fikirkan sembahyang pesakit sebab itulah keadaan dirumah sakit tidak banyak membantu pesakit menunaikan sembahyang. Jururawat dan doktor pun tidak mengingatkan pesakit untuk sembahyang. Pentingnya TUHAN kepada kita...Terima Kasih TUHAN!

5. Bagaimana kalau suatu hari anda menyaksikan kemalangan jalan raya dimana seseorang menggelupur dan mati? Apa yang anda fikirkan? Kenapa nasib itu menimpanya? Bagaimana kalau anda di tempatnya? Apa tidak mungkin suatu hari hal itu menimpa anda? Sekali lagi hanya TUHAN yang boleh menjawabnya.

Bila jiwa tauhid tidak ada kita tidak akan kaitkan dengan TUHAN... TUHAN hanya yang kita seru namaNya diwaktu-waktu kritikal. Oh TUHAN! Terima kasih TUHAN.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer