Remaja Model Pecinta Rasul(3)


07/04/2006

Sebelum Rasulullah saw berjaya keluar dari kepongan mereka, Rasulullah saw telah meminta Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda. "Wahai Ali, bolehkah engkau menggantikan tempat tidurku apabila aku berjaya keluar dari kepongan musuh-musuh Allah swt ini?"

Lantas Saidina Ali menjawab " Demi Allah SWT dan RasulNya, aku sanggup melakukan apa sahaja."

Maka keluarlah Baginda dengan selamat tanpa diusik oleh musuh sedikit pun. Setelah itu, pemuda-pemuda tersebut telah menyerbu masuk ke rumah Rasulullah SAW lalu membuka kain selimut di katil Baginda. Mereka terperanjat apabila mendapati Saidina Ali yang berbaring di katil tersebut.

Andaikan, jika mereka terus munusukkan lembing dan menetakkan pedang ke katil Baginda. Tiada siapa lagi yang boleh menjamin keselamatan Saidina Ali. Namun atas dasar cintakan Rasulullah saw, beliau sanggup mengorbankan nyawanya sebagai pengganti. Tiada pengorbanan yang sanggup dibuat oleh dua insan yang sedang bercinta yang lebih hebat dari pengorbanan Saidina Ali ini. Memang layaklah Saindina Ali disenaraikan oleh Rasulullah saw di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga.

Inilah sebahagian kisah Saidina Ali di zaman remajanya. Betapalah apabila beliau telah menjangkau dewasa. Pendidikan Rasulullah saw benar-benar telah menghidupkan akal dan jiwa Saidina Ali sehingga memiliki kemampuan di luar jangkaan fikiran manusia biasa. Seorang remaja yang baru menjangkau umur awal dewasa telah menjadi aset yang sangat berharga kepada bangsa, agama dan negaranya.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer