Remaja Model Pecinta Rasul(2)


06/04/2006

Di awal seruan dakwah Rasulullah saw, Baginda lebih tertumpu kepada kaum keluarganya sendiri. Baginda ingin menjadikan mereka sebagai model dan contoh kepada masyarakat. Agar masyarakat dapat memahami dengan jelas bahawa agama Islam ini adalah cara hidup yang sangat menepati dan sesuai dengan fitrah manusia.

Pada suatu hari Baginda menjemput sekalian keluarganya ke rumah. Kehadiran mereka disambut dengan hidangan makanan yang enak-enak. Baginda meraikan seperti tetamu yang istimewa.

Setelah selesai jamuan, Baginda mengambil peluang untuk menyampaikan seruan Tuhan yag Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Wahai kaum keluarga yang ku kasihi, sesungguhnya Tuhan yang menjadikan kita dan nenek moyang kita adalah Allah swt. Dan aku diutuskan kepada sekalian manusia sebagai rasulNya, marilah bersama kita perjuangkan Tuhan."

Sunyi sepi suasana ketika itu, kemudian mula terdengar suara-suara sumbang mengejek dan mencerca Rasulullah saw. Terhiris hati Rasulullah saw apabila melihat tindak balas kaum keluarganya yang mengejek dan menghina Allah swt. Namun Baginda tetap bersabar, walaupun hiba perasaan Baginda tetapi setitik air mata pun tidak terkeluar dari matanya. Hatinya sentiasa berdoa agar Allah swt mengampunkan umatnya.

Tiba-tiba Saidina Ali bingkas bangun dan berkata "ya Rasulullah! akulah yang akan menolong mu, aku sedia memerangi siapa sahaja yang akan memerangimu!"
Tersenyum Baginda apabila melihat keberanian Saidina Ali mengatakan kebersamaannya untuk memperjuangkan Tuhan. Inilah pengubat kesedihan Baginda.

Tersentak kaum Quraisy melihat kelantangan Saidina Ali bersuara. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Saidina Ali adalah cucu kepada Abdul Muttalib, pembesar kaum Quraisy. Mereka segera beredar dengan perasaan yang tidak senang.

Di umur belasan tahun ini, Saidina Ali telah menjadi orang yang mendokong kekasih Tuhan. Dirasakan Rasulullah saw seolah-olah kekasihnya juga. Kalau boleh jangan ada yang berani menentang Rasulullah saw lebih-lebih lagi mempermainkan Baginda. Bayangkan di tangan anak muda inilah dunia tunduk dan akur, sejak kecil lagi wataknya sudah menterjemahkan ketokohan beliau di hari akan datang.

Saidina Ali mempun yai hubungan yang sangat rapat dengan Rasulullah saw. Bukan diikat oleh pertalian keluarga dari nasab keturunan yang sama, tetapi kerana diikat oleh cita-cita yang sama .Ingin memperjuangkan Tuhan agar Allah swt benar-benar dikenali seterusnya dicintai oleh semua manusia . Di atas cita -cita inilah Saidina Ali sanggup menghadapi kesusahan dan menggadaikan nyawanya untuk Rasulullah saw.

Apabila Allah swt memerintahkan supaya seluruh kaum muslimin Mekah berhijrah ke Madinah, bergegas-gegaslah kaum muslimin mencari peluang berhijrah, takut jika diketahui oleh orang arab Quraisy. Di saat ini, kaum muslimin telah diancam dan disiksa dengan begitu dahsyat. Begitu juga Rasulullah saw telah diancam bunuh.

Di malam sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, rumah baginda telah dikepong. Ketika itu Baginda tinggal berdua dengan Saidina Ali di rumah Baginda. Sedang di waktu, rumah Baginda telah dikepong oleh pemuda-pemuda dari qabilah-qabilah yang berbeza yang dihantar oleh arab Quraisy Mekah.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer