Rasailah Kasih Sayang- Nya (allah) Yang Agung(2)


21/03/2006

* Bangun dari tidur, badan terasa segar semula terutama setelah mandi. Fikiran terasal apang dan bertenaga untuk meneruskan aktiviti pada hari berikutnya. Dapat pula keluar mencari rezeki untuk anak isteri. Cuba kita bayangkan, katalah suatu pagi, bangun sahaja dari tidur, tiba-tiba kaki tidak dapat digerakkan atau lumpuh sebahagian badan. Bukankah terasa payah dan menderita kerana tidak dapat bergerak?
Jadi, bertenaga dan segar selepas bangun dari tidur itu juga merupakan kasih sayang Tuhan kepada kita yang selama ini tidak pernah kita fikirkan.

* Di antara kepuasan atau nikmat-nikmat Tuhan yang lain kepada manusia ialah apabila dapat menimba ilmu. Apa sahaja yang difikirkan atau dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia merupakan ilmu yang berharga kepada manusia.

* Kemudian perhatikan pula bagaimana kasih sayang Tuhan sewaktu memberi rezeki kepada makhluk-Nya. Pernah suatu hari Zunnun Al Misri, seorang wali Allah, berjalan-jalan sendirian. Tiba-tiba dia terlihat seekor burung yang buta kedua belah matanya sedang bertenggek di atas dahan sebatang pokok.
Terdetik di dalam hatinya hendak tahu bagaimana burung itu mendapatkan rezekinya. Tiba-tiba burung itu turun ke tanah dan mematuk tanah itu dengan muncungnya. Setelah tanah itu digalinya, maka di situ dilihatnya ada jagung dan besen emas mengandungi air. Jagung dan air itulah yang menjadi rezeki burung itu. Setelah kenyang, besen itu tertimbus semula di dalam tanah dan burung itu kembali terbang ke atas dahan pokok tersebut. Melihatkan kejadian itu Zunnun Al Misri bertambah yakin dan terus sujud kerana kagum dengan kekuasaan Allah.

Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: "Jikalau kamu bertawakal kepada Allah Taala dengan tawakal yang sebenar-benarnya, nescaya la memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana ia memberikan rezeki kepada burung, yang keluar pagi-pagi dengan perut kempis dan kembali petang dengan perut yang kenyang."

Tiada suatu makhluk yang diciptakan-Nya, dibiarkan tanpa mendapat rezeki. Semuanya ada jaminan rezeki tanpa kecuali. Hatta orang-orang yang tidak beriman juga diberikannya rezeki berupa makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya kerana kasih sayang Tuhan. Sungguhpun Allah tahu, ada hamba-hamba-Nya yang masih kufur terhadap-Nya, Allah masih memberi peluang dan terus memujuk agar tidak menyembah selain dariNya. Bahkan diingatkan bahawa yang disembah selain Allah itu tidak berkuasa untuk memberi mereka rezeki.

Ini jelas dalam sebuah Firman yang bermaksud: "Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain dari Allah itu, tiada berkuasa untuk memberikan rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki dari Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah (berterima kasihlah) kepada-Nya" (AI Ankabut: 17)

Pun begitu, kita lihat orang-orang yang belum beriman kepada Allah masih terus mendapat nikmat, tanpa disekat sedikit pun. Malah mendapat nikmat pangkat, jawatan, keselesaan dan kemudahan hidup di mana sahaja di bumi Allah tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit sekalipun. Tidakkah ini juga membuktikan lambang kasih sayang Allah? Demikianlah besarnya kasih sayang Tuhan. Itu pun baru sebahagian kecil daripada nikmat Tuhan yang tidak terhitung banyaknya.

Firman Tuhan yang bermaksud: "Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat kamu menghitungnya." (An Nahl: 18)

Imam Ghazali pula ada berkata: "Kalaulah lautan itu dijadikan dakwat untuk menulis nikmat-nikmat Tuhanku, nescaya habislah semua lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku."

Sekian.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer