Pertolongan Allah Itu Dekat


17/03/2006

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nasr:

Maksudnya:" Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia sangat-sangat menerima taubat." (An-Nasr:1-3)

Surah yang hanya mengandungi tiga ayat ini turun di Madinah.Ahli tafsir rata-rata menghuraikan iaitu Rasulullah SAW melihat manusia masuk Islam beramai-ramai. Mereka lebih mudah menerima ajaran Islam berbanding diperingkat awal keRasulan. Saat dan ketika di mana Rasulullah SAW menyaksikan sendiri bagaimana penerimaan ajaran Islam itu. Maka Tuhan perintahkan agar banyak memuji Allah SWT dan memohon keampunan.

Mmeperbanyakkan memuji Tuhan itu supaya benar-benar ingat ketika dan saat itulah datangnya pertolongan Allah SWT. Datangnya kemenangan dari Tuhan. Ketika itu tiada siapa lagi yang dapat membendung dan menghalang.Dan saat-saat demikianlah yang sentiasa diharap dan ditunggu oleh umat Islam disepanjang zaman, khususnya diharap dan ditunggu oleh para pejuang Islam.

Sesungguhnya pertolongan dan kemenangan itu sangat hampir kepada umat Islam. Impian, penantian dan harapan umat Islam itu sudah sangat hampir waktunya kerana tanda-tandanya sudah terserlah. Salah satu tandanya ialah apabila para penzalim sudah terlalu zalim dengan sewenang-wenangnya berbuat ke atas orang yang tidak berdosa. Lihat sahaja keganasan Serb ke atas Etnik Albania, Israel terhadap rakyat Palestin, Amerika dan Eropah terhadap Iraq dan penguasa-penguasa yang menindas golongan yang lemah.

Hanya dalam keadaan demikian umat Islam sendiri tidak boleh mengharapkan penzalim itu turun, tewas atau jatuh sedangkan umat Islam sendiri tidak berbuat apa-apa. Ini samalah seperti orang masuk lumba kereta atau lumba kuda atau lumba lari. Dia mengharapkan kemenangan bukan kerana kemampuan diri. Dalam keadaan tidak berupaya dan tidk cukup syarat dia mengharapkan saingannya itu keretanya rosak, atau kuda patah kaki atau kaki orang lain terseliuh. Dengan demikian dia memperolehi kemenangan 'walk over' atau secara percuma, yang hakikatnya dia tidak layak memperolehi kemenangan tersebut.

Tidak hairan apabila kita dapati umat Islam tertunggu-tunggu bilakah saat kemenangan itu tiba. Bilakah ketikanya pertolongan Allah SWT itu datang. Namun penantian itu tidak kunjung tiba. Bukan para penzalim itu belum sampai masa untuk tewas, tetapi umat Islam itu sendiri belum cukup syarat untuk naik. Andainya Tuhan beri kemenangan dalam keadaan belum cukup syarat nescaya umat Islam yang berkuasa tidak lepas daripada turut berbuat kezaliman. Kezaliman di tangan pejuang Islam akan mengakibatkan tercemar maruah umat malah tidak mustahil ajaran Islam itu sendiri dipersoalkan musuh.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer