Perkahwinan Hiburan Sementara


25/01/2006

Sudah jadi fitrah manusia kebahagiaan tambahan adalah di dalam perkahwinan kerana dalam perkahwinan ada hiburan sementara . Tetapi hiburan yang sebenarnya kerana mendapat Tuhan. Dapat Tuhan, hiburan sejati dan hakiki dan kekal abadi.

Kalau ada orang yang tidak berkahwin, tidak menggugat fitrahnya. Tetapi tidak ramai orang yang mendapat Tuhan dan kebahagiaan dengan Tuhan sedikit manusia yang memperolehinya. Jadi kalau orang yang tidak berkahwin, di mana hiburannya? Kosonglah fitrahnya.

Ada orang yang berhujah bukan dengan perkahwinan sahaja yang dapat hiburan. Itu betul kalau orang itu benar-benar dapat Tuhan. Tetapi orang yang tak dapat Tuhan, perkahwinan itu diperlukan kerana dalam perkahwinan itu ada hiburan sementara walaupun tidak kekal.

Manakala seeorang itu Tuhan pun dia tidak dapat, perkahwinan pun tidak berlaku dalam hidupnya, orang itu langsung tiada hiburan. Orang yang tidak ada hiburan jiwa gersang, nak bergaul dengan orang pun bimbang .

Biasanya kali kita pertama kita jumpa orang, orang tak tanya kekayaan kita, orang tak tanya kepandaian kita tetapi akan ditanya berapa ramai anak?Siapa suami atau siapa isteri? Selepas itu baru ditanya lain-lain perkara.Sebab itu kadang-kadang takut hendak jumpa manusia sebab takut ditanya orang, berapa ramai anak dan siapa suami? Nak jawab apa?

Lebih-lebih lagi kalau ditanya diwaktu umur sudah lanjut pula, nak kata tak ada suami malu pula, ditakuti orang tuduh kita tidak laku pula. Kan malu nak menjawabnya. Sebab itu orang yang sudah berumur belum kahwin takut nak jumpa manusia. Kalau ditanya tentang suami atau isteri serba salah hendak menjawabnya. Sebab itu kalau ada orang berkata tak perlu berkahwin, dia bohong dengan dirinya. Sebenarnya dia mahu menyorokkan kelemahan dirinya.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer