Perjuangan Yang Memakan Diri


17/03/2006

Pemimpin-pemimpin Islam se dunia hendak mencari kekuatan membuatkan mereka sibuk dengan seminar-seminar, dengan muktamar-muktamar, dan juga dengan mengadakan perbincangan-perbincangan.
Masa banyak terkorban,wang ringgit tak usah dikira memang terbuang begitu sahaja dan hasilnya Yahudi yang berkuasa, Barat mencengkam dunia, sementara orang Islam bertambah terhina.

Di bidang ekonomi sahaja Umat Islam yang ramai miskinnya, yang kaya tergolong daripemimpin yang ada kuasa atau kroni-kroni pemimpin yang menjadi sahabatnya. Kita berhasrat hendak menentang Yahudi, atauhendak mengatasi kuasa Barat hakikatnya kita sendiri bersikap Yahudi dan berkebudayaan Barat.Kalau kita bersikap Yahudi dan bersikap Barat kitalah yang menguatkan Yahudi dan Barat, kitalah yang mewibawakan Yahudi dan Barat.
Ini menunjukkan perjuangan kita ini memakan diri, ataupun merugikan diri sendiri.Bagaimana orang yang bersikap Yahudi dan Barat nak melemahkan Yahudi dan Barat?

Kekuatan Umat Islam bukan pada seminar dan muktamar,bukan pada perbincangan dan mesyuarat.Kekuatan Umat Islam ialah kekuatan iman, kekuatan taqwa, kekuatan pengorbanan dan perpaduan.
Tetapi malangnya empat perkara yang menjadi kekuatan itu tidak difikirkan,bahkan tidak dipedulikan.


Cara orang kafir nak kuat ada caranya sendiri dan bagi Umat Islam untuk mendapat kekuatan ada caranya tersendiri pula.Pada orang kafir ada istidraj, dan pada orang Islam ada rahmat.
Kita hendak jadi kuat tetapi kita mengikut jalan istidraj tidak mengikut jalan rahmat.Sebab itu Umat Islam semua sudah merdeka menempuh jalan istidraj, sedangkan itu adalah jalan orang kafir laknat.Pada orang kafir itu adalah jalannya. Pada Umat Islam, mengapa tidak menempuh jalannya? Kalau kita tempuh jalan orang kafir dengan tidak disedari menguatkan orang kafir dan melemahkan orang Islam sendiri.

Mengapa setelah berpuluh tahun merdeka kita tidak ambil pengajaran ini?
Kalau baru merdeka, kita baru mencuba dan baru mencari jalan keluar tak mengapalah sedangkan kita sudah lama merdeka.
Mengapa kita menempuh jalan yang sama yang hasilnya merugikan kita?

Itu menunjukkan pemimpin Islam se dunia tidak menempuh jalan Tuhannya.Yang ditempuh jalan musuhnya dan sebab itulah Tuhan tidak menyebelahi Umat Islam menjadikan Umat Islam terhina dimana-mana.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer