Perjuangan Hakiki Membawa Manusia Mencintai Tuhan


07/07/2006

UNIW tubuh lima suruhanjaya bela hak umat Islam
Utusan Malaysia Jumaat 7 Julai 2006

KUALA LUMPUR 6 Julai - Kesatuan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dunia Islam (UNIW) akan menubuhkan lima suruhanjaya dalam tempoh dua bulan akan datang bagi membela hak asasi umat Islam di seluruh dunia.

Setiausaha Agung UNIW, Necmi Sadikolgu berkata, kelima-lima suruhanjaya itu terdiri daripada Suruhanjaya Kemanusiaan, Hak Asasi Manusia, Wanita dan Belia, Pertanian serta Pentadbiran Kewangan.

Menurutnya, keputusan untuk menubuhkan suruhanjaya tersebut dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Ke-2 UNIW di Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 5 Julai lalu.

Katanya, penyertaan NGO dunia Islam dialu-alukan dengan penyertaan seorang perwakilan bagi setiap unit suruhanjaya berkenaan.

Selepas menziarahi mangsa gempa bumi di Yogyakarta dan tsunami di Aceh, UNIW menyedari pentingnya pembentukan suruhanjaya-suruhanjaya tersebut untuk membantu negara-negara Islam yang dilanda bencana,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan 14 delegasi UNIW ke ibu negara, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden GPM, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad.

Kunjungan sehari tersebut merupakan langkah UNIW untuk memperkenalkan fungsi kesatuan tersebut kepada NGO Islam di negara ini di samping mengukuhkan jaringan NGO Islam di seluruh dunia.

Buat masa ini, GPM dan ABIM merupakan antara 80 NGO daripada 20 buah negara yang menyertai UNIW.

Keanggotaan UNIW terbuka kepada mana-mana NGO Islam seluruh dunia termasuk negara minoriti penduduk Islam dan bukan ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

..................................................................

Keadilan merata diperkata dan diperjuangkan tetapi perlaksanaannya masih terlalu terbatas tetapi kekuasaan yang adamasih melindungi segelintir manusia sedangkan golongan majoriti masih terdedah kepada bahaya. Kejahatan golongan atas terutama ahli politik masih terlindung oleh kuasanya manakala golongan bawahan menjadi sasaran pendedahan. Golongan yang tidak disenangi, dicari alasan sebagai pengacau agar boleh ditahan dan diasingkan.Ramai pula golongan yang teraniaya.

Kemajuan dan pembangunan pula dibuat untuk keuntungan segelintir manusia sedangkan golongan majoritinya hanya dapat melihat keindahannya dengan mata. Tetapi didatangkanlah alasan-alasan yang munasabah untuk menyenangkan rakyat jelata. Demokrasi dicanangkan dan dibanggakan namun hak-hak asasi manusia tidak juga terbela.

Nampaknya lahirnya tidak ada paksaan tetapi secara tersembunyi ada ugutan. Secara lahirnya semua orang boleh berusaha, secara halusnya yang tidak nampak oleh mata banyak pula sekatannya dan ramai orang yang terkorban.

Bagaimanakah perjuangan yang hakiki? Bolehkah dengan cara menubuhkan berbagai-bagai suruhanjaya hak asasi manusia ini menyelesaikan segala masalah?

Rasulullah SAW dahulu menanamkan iman atau aqidah lebih dahulu sehingga setiap orang cinta atau takut dengan Maha Pencipta, cinta Syurga, takutkan Neraka. Setiap orang mendisiplinkan diri dengan syariat dan menampak syiarnya di mana-mana. Dihiasi diri dengan akhlak mulia supaya kelihatan indah laksana bunga di taman bunga. Kasih sayang begitu nyata, bertolong bantu begitu ketara.

Sepatutnya para pejuang mengusahakan ini semua. Pejuang yang berjaya boleh mendidik manusia sekalipun tiada kuasa apatah lagi jika ada kuasa. Jadikan Allah Taala cinta agungnya, Rasul pemimpinnya dan Akhirat menjadi matlamat hidupnya. Syahid menjadi cita-citanya

Mana? Mana? Pemimpin yang boleh buat ini semua?
Mana? Mana? Pemimpin peribadi dan pengikutnya menjadi role-model?

Kalau ada pasti Allah Taala bantu, walaupun kena uji selalu, akhirnya kepada mereka akan diberi kuasa.

Mana mereka itu? Siapa mereka itu? Manusia sedang menunggu kerana manusia sudah jemu dengan pejuang-pejuang yang ada.


Hidup di dunia ini kenalah difikirkan semua hal dan di dalam kita memikirkan diri, kita kena fikir juga hal orang lain. Di dalam membangun dan berkemajuan, agama jangan dikorbankan. Di dalam menegakkan kebebasan, jangan korbankan maruah dan adat resam yang mulia. Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan, jangan menyusahkan orang.

Kita digalakkan untuk pelajari dan mendalami ilmu apa sekalipun, tiada larangannya tetapi maruah diri, agama, bangsa dan negara kenalah dijaga. Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah di dunia. Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya, ada panduan, ada budi bicaranya
bukan sekadar hidup mengikut kemahuan kita sendiri.


Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer