Perintah Berjuang Pada Jalan Allah(1)

Kuliah Perjuangan


09/05/2006

Allah Taala berfirman :

Wa qaatil fi sabilillah la tukalafu illa nafsak.... (Surah An Nisa` : 84)
Maksudnya : " Hendaklah kamu berperang atau berjuang pada jalan Allah, tidak diberatkan kecuali pada diri kamu dan digalakkan kepada orang mu`min. Moga-moga Allah mengkerasi orang kafir atau orang-orang engkar dan Allah itu adalah sangat keras dan sangat memberi amaran kepada mereka."

Di sini kita akan bahaskan beberapa perkara :
1.berjuang pada jalan Allah
2.tidak diberatkan kecuali diri kita
3.bagi orang mu`min digalakkan
4.moga-moga Allah mengkerasi orang kafir dan memberi amaran kepada orang kafir

A. Perintah berjuang pada jalan Allah
Tuhan suruh kita berperang atau berjuang pada jalan Allah. Apa jalan Allah?
Berjuang pada jalan Allah di sini maksudnya ada 2 perkara penting :
1. Promosikan Aqidah Tuhan :
Iaitu memperkenalkan Allah hingga aqidah orang betu, iaitu memperkenalkan Zat, sifat dan perbuatan Allah pada manusia. Itulah aqidah asas, tauhid asas. Supaya manusia selamat dari tersalah aqidah.

Kalau begitu yang kata berperang pada jalan Allah bukan untuk bunuh orang. Tapi orang tak nampak tugas ini. Yang ada, bila kata perang, mereka mau bunuh orang, mau pancung orang. Padahal patutnya untuk membetulkan aqidah orang yakni untuk fahamkan orang tentang Zat, sifat dan perbuatan Tuhan.

Selepas itu berjuang hingga orang menghayati aqidah yang betul tadi. Bila orang hayati aqidah yang tepat, maka orang takan takut dan cinta dengan Tuhan.
Untuk membuat manusia takut dan cinta Tuhan, tak cukup hanya aqidah asas. Tapi kena diceritakan apa kebaikan Tuhan, apa yang Tuhan bagi pada kita, bagaimana Tuhan jaga kita bagaimana Tuhan menyelamatkan kita, dan cerita hingga nafas kita Tuhanpun bagi setiap masa.

Setiap bumi yang kita pijak adalah Tuhan punya; setiap nafas dari Tuhan; pandanglah apa saja semuanya Tuhan punya. Mata yang kita gunakan untuk itu semua pun Tuhan yang punya; mendengarlah apa saja menggunakan telinga yang Tuhan jadikan; bercakaplah sebanyak mana kita mahu sedangkan mulut itu Tuhan yang ciptakan ; kita makan dan minum nikmat dari Tuhan ; bekerja menggunakan tenaga dari Tuhan bila letih bekerja datang rahmat Tuhan kita mengantuk, tidur. Kita sudah rehat itu nikmat dari Tuhan bertenaga semula.

Janganlah ajar aqidah yang asas saja nanti orang tak takut dan cinta dengan Tuhan. Ceritakan apa lagi nikmat Tuhan, kebaikan Tuhan, baru tumbuh rasa cinta dengan Tuhan. Kita ingin berhibur Tuhan ciptakan lelaki dan perempuan. Dengan ada lelaki perempuan kita boleh berhibur. Kalau Tuhan buat lelaki saja atau perempuan saja sepi hidup ini. Tapi Tuhan beri nikmat ada lelaki dan perempuan terasa rahmatNya dari Tuhan. Ingin berhibur ada cara khusus Tuhan lakukan.

Begitulah caranya kita akan ceritakan begitu banyak nikmat hingga orang takut dan cinta Tuhan. Orang mengajar sifat 20 hanya sekadar untuk sahkan aqidah, sampai jemu bila dengar kelas sifat 20, jemu. Sedangkan cerita tentang Tuhan patutnya seronok, terasa Tuhan penyelamat, pelindung, terasa Tuhan segala-galanya, terasa tak boleh hidup tanpa Tuhan, Tuhan segala-galanya barulah orang rasakan ada Tuhan sangat terhibur.

Tapi diajar oleh tok guru kita jangan sampai orang rosak aqidah itu saja, tapi tak diajar sampai orang takut dan cinta Tuhan. Ini adalah satu kesalahan yang paling besar, sedangkan Tuhan itu kalau disyarahkan dengan baik orang rasa Tuhan itu keselamatan dunia akhirat, tiap hari kita harap jangan Tuhan tinggalkan kita, kita perlukan Tuhan, Tuhan adalah segala-galanya. Kita ada Tuhan, kita rasa kuat.

Mana ada orang ajar semua itu. Sebab itu bila dengar orang mengajar tauhid jemu. Bagaimana cinta dan takut Tuhan tak diajar? Ini adalah satu kesalahan. Jadi bila Tuhan kata kena berjuang pada jalan Allah maka promosi Tuhan untuk kenalkan Tuhan pada manusia supaya jangan tuduh Tuhan yang bukan-bukan supaya orang kenal betul Tuhan, lepas itu dilengkapkan seperti yang disebutkan tadi. Sebabnya, bagaimana, boleh membuat hingga orang takut dan cintakan Tuhan itulah apa yang dikatakn Tuhan ajak kita berjuang. Bukannya bila Mari berperang, berjuang! maka kita hendak bunuh orang, demonstrasi, lawan orang.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer