Perhatian Untuk Guru, Ibu Bapa Dan Para Pemimpin


15/01/2006

Hari ini guru-guru pening kepala,pergi mengajar tidak ada mood kerana murid-murid sudah tidak hormat gurunya. Bahkan ada yang terang-terang melawan guru-gurunya didepan mata.Guru-gurunya pergi ke sekolah minat sudah tidak ada, kerana jemu berhadapan dengan murid-muridnya yang kurang ajar dengan guru-gurunya.
Ada yang memukul dan membakar kereta gurunya, ada sesetengah sekolah guru lebih takut pada murid-muridnya daripada murid-murid takut pada guru-gurunya,

Begitu juga ibubapa susah hati dibuatnya, perangai anak-anaknya kebanyakan sudah derhaka dengan ibubapa.Termasuk anak-anak orang kaya dan koperat-koperat besar dalam negara,bahkan anak-anak guru agama.Ibubapa juga pening kepala bila berhadapan dengan kerenah anak-anaknya.Anak-anak dewasa ini tidak ikut kata ibubapanya. Bahkan ada yang melawan dan memukul ibubapanya.Begitu juga ibubapa sesetengahnya lebih takut kepada anak-anaknya daripada anak-anak takut ibubapanya.

Pemimpin juga pening kepala, rata-rata rakyat tidak hormat kepada mereka. Kalaupun didepan tak berani mengata, di belakang pemimpin dikata dan dicerca. Pemimpin terpaksa mengambil hati rakyatnya daripada rakyatnya mengambil hati pemimpinnya.

Guru-guru, ibubapa dan pemimpin-pemimpin masa kini susah hati dibuatnya. Mereka tidak tahu hendak berbuat apa yang telah kita cerita.
Kalau saya senang sahaja, didik murid-murid, anak-anak dan rakyat jelata takut dan cintai Tuhannya.Mereka dididik dengan seriousnya melalui pendidikan yang berterusan.Takut dan cinta dengan Tuhannya. Side effectnya akan terjadi murid akan hormat dengan gurunya, anak-anak akan taat dengan ibu bapa,rakyat akan cinta dan memuliakan pemimpinnya.

Tapi guru, ibubapa dan para pemimpin tidak mendidik orang ramai takut dan cinta kepada Tuhannya.Kalau Tuhan patut ditakuti dan dicintai lebih utama tidak diasuh manusia,bagaimana mereka hendak hormat guru-guru, ibubapa dan pemimpinnya?
Yang lebih utama, orang yang tidak takut dan cinta dengan Tuhannya
Yang kurang utama, lebih-lebih lagi orang ramai takkan taat dan hormat kepada mereka.

Itulah rahsia kalau murid-murid mahu hormat kepada guru-gurunya dan anak-anak taat pada ibubapa dan rakyat hormat pada pemimpinnya.
Kalau bukan itulah caranya makin diusahakan mereka hormat kepada guru-guru, ibubapa dan pemimpinnya tapi apa yang akan terjadi?
Kepada tiga golongan ini mereka lebih derhaka.

Diharap guru-guru, ibubapa dan para pemimpin tukar style didikannya, kalau mahu semua golongan tadi hormat dan taat kepada guru-gurunya, hormat dan taat kepada ibubapa, hormat dan taat kepada pemimpin.
Itulah cara didikan yang Tuhan mahu terhadap hamba-hamba-Nya, kenalah Tuhan ditakuti dan dihormati, automatik guru, ibubapa dan para pemimpin akan dihormati, harap diambil perhatian, sebelum rakyat terlajak jauh.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer