Perceraian Berleluasa Di Antara Penyakit Akhir Zaman


07/08/2006

Orang yang bercerai berai dihari ini, kadang-kadang baru sahaja berkahwin, belum pun mendapat cahaya mata, sudah bercerai berai. Orang yang bercerai berai itu walaupun baru sahaja berkahwin bukannya orang yang susah, bukannya orang yang tak ada nama dan glamour atau bukan orang biasa yang orang pun tak peduli kepadanya kerana dia orang tak ada nama.

Bahkan orang yang tidak bercerai pula, waktu berkahwin bukan pula mereka cinta mencintai tapi dijodohkan oleh orang tua. Setengah mereka itu tak pun cinta mencintai satu sama lain, kerana yang mencarikan jodoh kedua-duanya adalah kawan-kawannya.Tetapi kekal mereka suami isteri sampai ke tua, bahkan sampai mati.Mereka pula tak ada duit, tak ada nama, tak ada glamour dan orang pun tak kenal kepadanya. Dia orang kampung pula, kelulusan pun tak ada dan hidup pun ala kadar.

Tetapi orang yang bercerai berai itu, orang yang berkahwin, cinta mencintai dahulu, bahkan dibawa kemana-mana terlebih dahulu. Setengahnya ada kekayaan, ada nama, ada glamour, ada peminat-peminatnya. Bahkan waktu mencari jodoh, bukan pula salah pilihan, emak bapa mereka tak campur tangan. Kedua-duanya suami isteri memilih sendiri dan sudah tentulah pilihan itu tepat sekali. Mereka sudah berkenal-kenalan, sudah berjalan bersama-sama selalu bahkan setengah mereka sudah berdua-duaan sebelum jadi suami isteri.

Akal kita mengatakan, merekalah yang berkahwin berkekalan, payah nak terjadi kepada mereka, perceraian. Duit ada, kesenangan dan kemewahan ada, nama dan glamour ada, popular pula. Semua orang kenal dia,orang kampung dan orang bandar peminat banyak pula dan namanya disebut-sebut orang laksana orang besar bahkan lebih popular dari orang besar. Tidak hairanlah, kenduri kahwin berjuta-juta duit dibelanjakan. Kadang-kadang perkahwinan mereka Menteri pun datang. Rupanya tiga tahun sahaja nikah kahwin sudah bercerai terkejut semua orang.

Itulah diantara penyakit akhir zaman, orang yang bercerai berai selepas baru kahwin itu orang yang terkenal, orang yang senang makan minum dan pakaian. Setengah itu hutang kenduri kahwin belum selesai mereka sudah bercerai.

Zaman dahulu, nikah kahwin dipermudahkan mas kahwin atau belanja nikah, tetapi susah bercerai. Hari ini nikah kahwin disusahkan samada kahwin, mas kahwin mahupun belanja berkahwin tetapi waktu inilah mudah bercerai.

Zaman dahulu di satu kampung kalau ada orang bercerai jadi buah mulut orang ramai rasa satu kehinaan. Dihari ini penceraian mudah berlaku tetapi tidak rasa malu bahkan berbangga pula atau disiarkan di media massa lebih-lebih lagi kalau orang itu ada nama satu kebanggaan pula.


Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer