Peranan Wanita Dalam Masyarakat


19/09/2005

Masyarakat umpama golongan sedang tidur
BERITA HARIAN

SARANAN Ketua Wanita JIM, Dr Harlina Halizah Siraj, supaya wanita menghayati erti Islam hadhari disambut baik oleh perwakilan wanita peringkat negeri.

Ketua Wanita Johor, Sumilah Marto, berkata isu masyarakat kucar kacir dan materialistik menimbulkan rasa tidak selamat.

Masyarakat hari ini umpama golongan manusia yang sedang nyenyak tidur sehingga tidak sedar rumah sedang terbakar.

Justeru sudah sampai masanya kita mengaplikasikan konsep Islam hadhari. Wanita walaupun bengkok (dijadikan dari tulang rusuk) tetapi berpandangan luas dan panjang. Sesungguhnya umur itu sedikit, maka kenali potensi diri dan gilap dengan sebaiknya. Wanita perlu rajin menimba ilmu dengan menghadiri majlis ceramah yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun bukan kerajaan (ngo). Bagi mewujudkan keluarga hadhari, usaha dari semua pihak diperlukan terutama suami agar bersedia membantu isteri demi keharmonian rumah tangga, katanya.


ULASAN :

Wanita pĕrlu bergelanggang di kedua-dua tempat dengan syarat - syariat tetap dipertahankan. Mengabaikan salah satu adalah kesilapan besar. Sentuhan keibuannya di rumah dibawa bersama ke tengah masyarakat, lalu meratalah kasih sayang. Suami tidak merasa kehilangan isteri walaupun si isteri bergelanggang di tengah ramai. Sebaliknya, wanita yang bergelanggang di tengah masyarakat dengan mengabaikan rumah tangga, adalah laksana layang-layang putus tali... diterbangkan angin tanpa arah tujuan.

Perlu ada wanita bersyariat yang turun terus ke tengah-tengah masyarakat untuk menjejak kembali mereka yang telah jauh meninggalkan syariat. Memimpin dan membimbing wanita lebih berkesan jika dilakukan sendiri oleh wanita... lebih-lebih lagi oleh wanita yang bersyariat Ini bermaksud, bukan semua wanita perlu bergelanggang di tengah masyarakat. Kepakaran dan kebolehan dalam satu-satu bidang menentukan siapa yang perlu ke de-pan dan siapa yang perlu lebih banyak memberi tumpuan di rumah. Di rumah atau di tengah masyarakat bukan ukuran tinggi rendah atau mulia hinanya wanita. Bahkan, di mana saja dia berada, di situlah jalan untuknya membina taqwa. Kemuliaan seorang wanita diukur pada taqwanya.

Turunnya wanita bersyariat ke tengah masyarakat adalah sebagai model untuk menunjukkan bagaimana sepatutnya menjadi wanita karier sekaligus menjunjung syariat. Wanita perlu diberitahu bahawa mereka masih boleh memburu dunia tanpa membelakangkan Tuhannya! Wanita masih boleh menggenggam dunia, berjaya dalam kerjaya, menjadi ibu dan isteri yang solehah - sekaligus. Wanita masih boleh memiliki kedudukan, pangkat dan harta tanpa menyimpannya di dalam hati. Alangkah indah dan harmoninya masyarakat bila ini semua berlaku...Bukankah ini idaman kita bersama? Tanggungjawab siapakah ini? Ini tanggungjawab kita bersama.

Sudah tiba masanya kita berganding bahu dan saling lengkap-melengkapkan antara kita untuk merealisasikannya de-mi memburu kasih sayang llahi.

SEKIAN.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer