Peranan Akhlak


06/11/2006

PERANAN TASAWUF
Tasawuf adalah ilmu rasa ( zauk ). Ia adalah perasaan-perasaan yang timbul di dalam hati orang yang beriman atau orang yang bertaqwa, yang bersifat terpuji (mahmudah).

Contohnya seperti rasa hamba, rasa merendah diri, rasa malu, rasa kasih, rasa bertimbang rasa, rasa simpati, rasa tawakal, rasa sabar, rasa redha, rasa pemurah, rasa kasihan, rasa pemaaf, rasa meminta maaf dan rasa cinta. Dari rasa-rasa tadi, ia mendorong manusia bertindak atau melahirkan rasa-rasa itu. Maka lahirlah buahnya di dalam kehidupan, yang dapat dilihat oleh mata iaitu akhlak mulia. Dapat dilihat seseorang itu pemurah, merendah diri, tenang, menolong orang, mengasihi orang, memberi maaf, meminta maaf dan lainlainnya.

Di sini barulah kita faham, bahawa akhlak yang mulia itu adalah buah tasawuf. Asalnya adalah rasa-rasa yang di dalam semata-mata. Kemudian lahir dalam realiti kehidupan atau implimentasinya dari dorongan yang di dalam tadi.

Oleh itu tasawuf dengan akhlak adalah berhubung rapat satu sama lain. Tasawuf adalah yang batin, akhlak adalah yang lahir. Boleh juga dikatakan pokoknya adalah tasawuf manakala buahnya adalah akhlak yang mulia.

Jadi tasawuf dengan akhlak tidak terpisah. Satu sama lain tidak terpisah. Ia ada hubung kait. Apabila tasawuf telah membuahkan akhlak yang mulia, maka di bawah ini kita akan memperkatakan pula peranan akhlak yang mulia.

PERANAN AKHLAK
1. Akhlak adalah disukai dan dipuji oleh Allah, oleh Rasul dan oleh seluruh manusia sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Maka ia bersifat sejagat.

2. Dari akhlak yang mulia, boleh menjalinkan kasih sayang di kalangan manusia sama ada manusia yang Islam mahupun manusia yang bukan Islam.

3. Dari akhlak yang mulia, bagaimana hebat dan istimewa sekalipun manusia itu, dia tidak akan riyak dan sombong.

4. Dari akhlak yang mulia, manusia yang miskin tidak akan terbiar. Akan ada orang yang membela dan membantunya.

5. Tidak ada orang yang rendah kedudukannya di dalam masyarakat yang akan terhina dan dihina.

6. Sentiasa ada orang yang bersimpati dan menolong orangorang yang susah dan mendapat kemalangan. Mereka tidak akan terbiar.

7. Kalau ada di kalangan manusia yang melakukan kesalahan dan kesilapan di kalangan sama-sama manusia, tidak akan berlaku permusuhan yang berpanjangan kerana yang benar bersegera memberi maaf dan yang salah bersegera juga meminta maaf.

8. Lahirlah masyarakat yang bertolak ansur serta berlapangdada berhadapan dengan bermacam-macam ragam dan kerenah manusia.

9. Lahirlah masyarakat yang di antara satu sama lain mengutamakan orang lain.

10. Akan lahirlah masyarakat yang adil. Kesannya, tidak ada di kalangan manusia yang terasa dizalimi dan teraniaya.

11. Hasil daripada akhlak yang mulia, maka lahirlah masyarakat aman damai, selamat sejahtera, berkasih sayang dan harmoni.

12. Dengan itu tidak berlaku di dalam masyarakat manusia halhal yang menakutkan yang datang daripada perbuatan manusia sesama manusia.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer