Peperangan Ideologi Dan Budaya


22/11/2006

Sebenarnya kita berhadapan dengan peperangan ideologi dan budaya dalam menangani masalah remaja. Didapati para remaja telah menganut beberapa fahaman seperti Grunge dan Skin Head, dll. Mereka tahu sejarah dan falsafah kumpulan-kumpulan itu malah tanpa segan silu mempromotekan kumpulan masing-masing. Mereka meyakini kumpulan itu memperjuangkan keamanan dan kebebasan yang menjadi cita-cita mereka. Bila melihat anak-anak kita begitu bersungguh-sungguh mempromote grunge dan skin head seolah-olah mereka tidak mengetahui adanya ajaran Islam yang begitu sempurna. Bahkan grunge dan lain-lain ajaran untuk remaja liar ini adalah ciptaan yahudi agar selain mereka rosak mereka juga akan bergaduh, berperang antara mereka sendiri. Tidak banyak orang yang tahu bahwa sebenarnya ajaran grunge itu adalah satu ajaran yang membawa remaja untuk menyembah iblis.

Kita patut faham bahawa negara kita sangat kritikal dalam menangani masalah remaja. Anak-anak yang kita jaga sembahyang dan akhlaknya pun mereka sudah menyimpang begitu jauh, betapalah lagi anak-anak orang lain yang terbiar tanpa perhatian ibu bapa. Sebenarnya sistem negara ini sangat memberi highway kepada musuh untuk merosakkan anak-anak kita. Kalau di luar terlalu rosak, kita cuba disiplinkan anak-anak tinggal di rumah. Bila buka TV, mereka dirosakkan oleh program TV. Apabila buka majalah, mereka terpengaruh dengan majalah. Di luar lebih-lebih lagilah. Semuanya merosakkan, tiada alternatif.

Musuh-musuh sedang menayangkan video-video lucah untuk merosakkan remaja kita sedangkan kita belum ada satu video pun yang membuatkan remaja sanggup bangun pukul 3 pagi untuk melihat video itu seperti video solat, tentang taqwa yang membuatkan mereka asyik masyuk dengan Allah cinta Agung. Kita belum menggunakan saluran media-media cetak untuk menghasilkan majalah-majalah yang para remaja sanggup simpan dalam beg-beg mereka kerana terlalu jatuh hatinya dengan Allah dan Rasul itu. Kita belum ada satu pakaian yang sampai menjadi pakaian kegilaan remaja. Kita belum ada makanan dan segala apa jua alat yang akan membuatkan manusia jatuh hati pada Allah dan Rasul itu. Bahkan kita sedang berada jauh di garisan permulaan perjuangan ini.

Sebenarnya adalah satu dosa kalau kita main-main dalam usaha ini. Kita ingin merampas semula seorang demi seorang anak-anak kita yang telah ditewaskan oleh pasukan Yahudi ini. Yang memasuki negara ini melalui berbagai saluran, melalui darat dan laut, dari depan, belakang, atas dan bawah. Bahkan dalam bilik-bilik di rumah kita pun, mereka berjaya menyelinap sampai akhirnya kita adalah mangsa-mangsanya. Kita mesti bertungkus lumus kerana hendak memperjuangan peluru-peluru untuk memberi seranganserangan dalam peperangan ini. Berbagai bentuk pendekatan alternatif yang mempesonakan para remaja perlu kita cari.

Rokok adalah perancangan Yahudi untuk menarik umat Islam kepada mereka. Bila seseorang sudah tertarik candu dengan rokok, berbagai kerosakan yang lain yang telah Yahudi rancang akan lebih mudah masuk. Bila kita tanya dengan remaja, mereka banyak menceritakan bahwa mereka banyak ditawari rokok secara free. Ada juga yang menawarkan mereka arak. Bila dah minum arak, mabuk, berbagai maksiat boleh terjadi. Kadang merekapun tak tahu dengan siapa meeka tidur bersama. Yang menawari dadah secara free pun bukan sekadar cerita dongeng.

Di sebahagian tempat bila tawaran secara lunak tidak boleh, maka mereka akan juga buat secara paksa. Ada yang diminumkan arak secara paksa, ada yang disuntikkan dadah secara paksa. Kerosakan ini diusahakan bukan saja pada remaja juga pada anak-anak. Pernah sekali, ada sepasang suami isteri yang ada kecenderungan pada Islam, mereka sekolahkan anaknya 5 tahun di sebuah tadika Islam. Tak lebih dari 3 bulan, anak perempuannya yang tadinya ceria berubah menjadi pemurung. Bila dibawa ke doktor, ternyata dia sudah tertagih dadah. Bila di selidik, ternyata di pintu pagar sekolah ada seorang yang sentiasa memberi dia gula-gula yang telah diberi dadah. Semoga kejadian-kejadian ini dapat menyedarkan umat Islam bahwa peperangan yang sedang kita hadapi ini adalah sesuatu yang serius. Yang hanya boleh diselesaikan dengan bantuan Tuhan saja.


Sihir Yahudi di dalam rokok dan air tin/botol

Bukan setakat serangan secara lahir, sebenarnya di dalam rokok ada ramuan-ramuan serta jampi serapah dan sihir agar perokok mengikut telunjuk Yahudi walaupun tidak menukar agama sedangkan Tuhan perintahkan kita baca setiap kali sembahyang agar menjadikan Yahudi musuh kita. Bagi yang punya perasaan agak tajam, ada sebahagian rokok yang dia pegang akan rasa panas, dari kesan sihir yang disuntikkan kedalamnya. Yahudi sangat inginkan orang Islam ikut mereka. Mereka akan berusaha menarik orang ikut mereka, terutamanya orang-orang Islam.

Mereka meletakkan sihir mereka dalam minuman dan rokok tersebut. Mereka (Yahudi) mempunyai cita-cita untuk menguasai dunia, mahu semua orang ikut mereka. Sebab itu dimasukkan bahan-bahan dalam produk mereka. Ini bukan cerita dongeng tapi satu kenyataan yang orang Islam perlu menyedarinya.

Dengan unsur-unsur sihir ini, para remaja semakin cepat rosak. Sihir-sihir daripada musuh telah dihantar daripada jauh dan dekat kerana musuh telah melihat bahawa kebangkitan Islam semakin terserlah. Dengan menyedari hal ini, patutnya umat Islam semakin giat, bergerak aktif untuk mempastikan bina insaniah, ruhiyah para remaja, anak-anak, agar mereka dapat membentengi dirinya dari unsur-unsur sihir ini. Kesilapan kita selama ini tidak membawa anak didik menjadi orang yang kuat dengan Tuhan, sehingga musuh dapat menembusi mereka. Kita perlu merasakan bahawa tanggung jawab kita bukan hanya pada anak-anak kandung kita tapi kita mesti bertanggung jawab pada remaja-remaja yang sepatutnya mereka menjadi penerus perjuangan Rasulullah SAW di akhir zaman. Ertinya usaha perbaikan ini perlu kita buat untuk membuktikan cinta kita kepada Allah, dan Rasul. Dialah wakil Rasul di zaman ini yang sangat dan paling menginginkan kebahagiaan dan keselamatan untuk kita. Mudah-mudahan kita akan dilimpahi kekayaan iman dan taqwa untuk bekalan ke jalan untuk pulang ke kampung kita yang kekal abadi iaitu akhirat.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer