Penzaliman Taraf Tertinggi


15/09/2005

PENZALIMAN DENGAN TUHAN
Hari-hari kita baca dalam surat kabar, di media masa, di TV, orang sebut tentang penzaliman. Tetapi penzaliman yang selalu disebut orang, termasuk kita, diberitakan seseorang itu menzalimi seseorang yang lain, satu etnik menzalimi etnik lain, satu bangsa menzalimi bangsa lain, satu puak menzalimi puak lain.
Di sekitar itulah kezaliman itu disebut orang. Tapi orang tak pernah terfikir bahawa kezaliman itu lebih luas dari itu. Tuhanberfirman : "Tuhan tidak menzalimi mereka tapi mereka menzalimi diri sendiri"
Disini, kalau kita hurai erti kezaliman paling-paling tidak ada 7 aspek kezaliman. Dalam penzaliman mengikut pengertian Tuhan paling tidak ada 7 kategori atau 7 aspek yang menyebabkan manusia boleh menjadi zalim.

Zalim dengan Tuhan adalahpenzaliman peringkat tertinggi. Tak ada yang lebih tinggi daripada zalim taraf ini, yakni seorang manusia zalim dengan Tuhan.
Apa maksud zalim dengan Tuhan.
tak kenal Tuhan
syirik dengan Tuhan.
tak takut dengan Tuhan,
tak cinta dengan Tuhan,
tak pedulikan Tuhan,
tak dihubungkan hidup ini dengan Tuhan.
Tuhan ada atau Tuhan tak ada dia tak ambil peduli. Ada tak ada Tuhan, apa perlu aku fikir Tuhan.
Ini penzaliman taraf tinggi sekali. Paling atas. Tak terfikir oleh kita. Padahal ramai orang tak peduli Tuhan, ini termasuk kita. Tiap-tiap hari kita tak pedulikan Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer