Penyakit Rohani : Pengubatannya Terpinggir


11/03/2006

Manusia terdiri dari roh dan jasad atau rohani dan jasmani. Sepertimana jasad atau jasmani yang memerlukan makan, maka rohani juga perlukan makanan. Kelaparan atau kekurangan makan menyebabkan jasad kekurangan tenaga, zat dan vitamin. Natijahnya jasad mudah dihinggapi oleh penyakit. Atau apabila berlaku serangan kuman virus atau berlaku gangguan metabolism dalam badan, maka jasad mengalami keadaan tidak normal yang digelar sakit.

Rohani juga akan mengalami sakit apabila berlaku kurang pengisian atau tidak menepati keperluan sebenar. Sakit rohani ini lebih dikenali sebagai sakit jiwa atau tekanan jiwa.

Lazimnya kita sangat memerhatikan dan mengawasi kesihatan jasad. Pengawasan itu dengan berbagai cara. Pakar-pakar juga turut membuat kajian terhadap berbagai jenis makanan tambahan dan mereka cipta berbagai alat penjagaan tubuh badan. Banyak kempen dan iklan bertujuan menyempurnakan kesihatan lahiriah.

Semenjak dari kecil lagi langkah-langkah awal telah diambil untuk memberi pelalian kebal penyakit. Perbelanjaan besar disediakan untuk membina hospital, pusat kesihatan dan perubatan. Klinik persendirian tidak terkira lagi jumlahnya.

Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi kita akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan hasil rawatan biasa, berpindah pula ke doktor pakar.

Namun tidak demikian keadaannya dalam menghadapi penyakit rohani. Sama ada kita ambil sikap tidak peduli dan memandang remeh atau lantaran kita tidak fa-ham betapa besarnya kesan dan akibat penyakit rohani. Atau mungkin juga tidak ada sebarang promosi dan galakan yang memperlihatkan betapa pentingnya penjagaan dan pengawasan terhadap kesihatan jiwa. Boleh jadi juga kita tidak tahu siapa yang berkemampuan mengubat penyakit rohani tersebut. Tidak ada klinik atau makmal yang berfungsi merawat rohani.

Kita sedang menyaksikan berbagai angkara yang telah banyak merosakkan kehidupan manusia. Bermula dari pembunuhanpertama Qabil terhadap Habil, berlanjutanlah tanpa rehat, tanpa berhenti angkara ifi hati dan hasad dengki. Betapa kehidupan manusia ini rosak, musnah, hancur, porak peranda, perang menindas, menzalimi dan sebagainya.

Termasuk juga berbagai akibat buruk dari dadah, aids, jenayah, bohsia, zina,pelacuran, arak, judi, rogol, rasuah, penipuan dan sebagainya. Semua ini adalah jelas sekali bukan berpunca dari nyamuk, kuman, virus dan bukan juga kerana penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, bisul, kudis atau demam.

Semua itu adalah manifestasi dari sakit rohani, sakit jiwa atau rosak mental. Akibat sakit rohani ini juga, di Akhirat lebih berat iaitu kemurkaan dan neraka Allah SWT. Sakit rohani ini tidak akan dapat diubat dengan makan minum, harta benda atau zat dan vitamin.

Hasad dengki Qabil terhadap Habil itu tidak upaya disembuhkan oleh harta kekayaan. Padahal Qabil memang telah sedia memiliki harta jauh lebih banyak berbanding Habil.

Kezaliman Firaun tidak dapat diredakan oleh kekuasaan yang dimiliki, istana yang diduduki dan kekayaan pemerintahan yang luas. Malah harta dan kuasa itu pula dijadikan alat untuk memuaskan keinginan nafsu yang tidak ada noktah kecuali mati.

Lanjutan dari penyakit rohani umat terdahulu jelas kesihatan hingga dewasa Mi. Dan mungkin akan berterusan andainya tidak diubati.

Allah SWT mengutus para RasulNya. Pertama-tama yang diserukan ialahmentauhidkan Allah SWT. Beriman,mentaati perintah Allah SWT dan membersihkan rohani dari sebarang mazmumah. Apabila rohani baik dan sihat maka manusia pun baik.Apabila manusia baik tidak ada kerosakan yang dilakukan.

Mempelajari dan menghafal rukun iman belum bererti telah beriman. Itu hanya sekadar mengesahkan keimanan tseseorang. Iman yang sebenarnya ialah rasa takut, gerun xi` gentar kepada Allah SWT. Diiringi pula dengan ke an mantap terhadap rukun-rukun iman yang lain,terutamanya soal Alkhirat, neraka dan syurga.

Iman di hati itu ibarat generator elektrik. Elektrik yang mengalir kepada kipas,maka kipas berpusing, mengalir kepada peti sejuk, maka berfungsi sebagai penyejuk barangan. Mengalir kepada komuter dan LRT maka bergerak sebagai pengangkutan. Nasi pula masak dengan elok oleh rice cooker yang ada arus elektrik. Ertinya iman di hati itu akan dapat dilihat buah atau natijahnya pada seluruh anggota dan dan kehidupan harian seseorang itu.

Hati yang beriman, yang bersifat abstrak atau maknawiyah itu akan terzahir pada anggota tubuh. Dengan kata lain perbuatan,tingkah laku, tabiat dan perangai manusia itu adalah gambaran hatinya. Dan tidak bercanggah sama sekali antara hatinya dengan anggota lahir. Hati yang tersemai benih iman akan tumbuh batang, dahan, ranting, ,daun, bunga dan buah iman pada anggota lahir. Sukar hendak diterima pendapat orang yang mengatakan walaupun dirinya jahat tetapi hatinya baik dan tetap beriman.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer