Penyakit Masyarakat : Apa Puncanya?


08/11/2005

Rusuhan merebak ke Paris

PARIS 6 Nov. - Rusuhan yang bermula 10 hari lalu di kawasan pinggir bandar Paris, dipercayai meletus kerana diskriminasi sosial, bertambah ganas malam tadi dengan merebak ke ibu negara Perancis.

Sepanjang malam tadi perusuh telah membakar kira-kira 1,300 kereta manakala lebih 300 orang ditahan di kawasan dihuni masyarakat Arab dan Afrika.

Serangan kini meliputi kawasan dari wilayah Normandy di barat ke sempadan Jerman di timur dan bandar-bandar di Laut Mediterranean, menurut pusat operasi Kementerian Dalam Negeri.

Ia merupakan insiden paling buruk di Perancis sejak rusuhan pelajar tahun 1968.

Rusuhan menyebabkan lebih 3,500 kenderaan, kebanyakan di kawasan dihuni pekerja kelas bawahan dan pendatang asing, dibakar sejak kejadian itu meletus pada 27 Oktober lalu.

Polis menggunakan helikopter dan memperhebatkan operasi menangkap gerombolan pemuda yang bertanggungjawab melakukan keganasan itu.

Sekurang-kurangnya 300 orang ditangkap di seluruh negara malam tadi, menjadikan mereka yang ditahan setakat semalam hari ini mencecah 800 orang, kata polis.

Malam sebelumnya, 900 kenderaan dibakar di seluruh Perancis dalam insiden pembakaran terburuk sejak kekacauan meletus pada 27 Oktober lalu.

Keganasan itu bermula di kawasan miskin pinggir bandar ke timur laut Paris berikutan kematian dua remaja yang terkena kejutan elektrik apabila mereka bersembunyi di dalam sebuah stesen pencawang elektrik kerana menyangka mereka diburu polis.

Selepas mesyuarat itu, Dalil menggesa perubahan dalam pendekatan kerajaan menangani masalah tersebut.

``Apa yang saya perlu daripada kerajaan, daripada Nicolas Sarkozy (Menteri Dalam Negeri), Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kanan ialah kata-kata keamanan,`` katanya. - Agensi


ULASAN

Menurut tokoh-tokoh islam terutamanya ulamak di bidang tasauf, timbulnya penyakit masyarakat hari ini disebabkan 3 PERKARA YANG TERBESAR :

1. Disebabkan keyakinan kepada tuhan sudah nipis ataupun dalam erti kata yang lain, perasaan tauhid sudah berkurangan.

Apabila seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan terhadap Tuhan, atau mempercayai bahawa adanya Tuhan dan tidak adanya Tuhan sudah sama banyak, maka di waktu itu manusia tidak takut kepada sesiapa lagi. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang ditakuti. Dia akan menjadi manusia yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai. Dia sanggup mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol atau melakukan apa sahaja. Dengan itu maka merebaklah penyakit masyarakat.

2 . Oleh kerana manusia sudah tidak yakin lagi dengan adanya Akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan, namun keyakinan itu sudah nipis.

Apabila manusia sudah tidak yakin lagi dengan hari Akhirat ataupun dia mempunyai keyakinan tetapi keyakinannya itu sudah nipis, maka Akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita-citanya. Dengan itu hilanglah sifat mahu berjuang atau berjihad untuk Akhirat kerana fikirannya sudah tertumpu untuk dunia semata-mata. Dia mencari wang untuk dunia, mencari pangkat untuk dunia dan mencari segala-galanya untuk dunia. Kadang-kadang urusan Akhirat pun dijadikan untuk dunia. Dunia menjadi matlamat hidupnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk dunianya tidak kira haram atau halal, baik atau jahat, betul ataupun salah.

3. Disebabkan manusia terlalu sayang dan cinta pada din mereka sendiri.

Apabila manusia itu telah terlalu cinta dengan diri sendin maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri/ mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan-kawan sendiri.

Dalam usaha mahu membela nasib untuk ke-pentingan diri sendiri maka adakalanya terpaksa melanggar hak asasi orang lain, terpaksa merosakkan kepentinga orang lain, kadang-kadang terpaksa memijak kepala orang lain danterpaksa merugikan orang lain. Akhirnya tercetuslah pergaduhan, perbalahan, peperangan, kekacauan, tindas-menindas dan lahirlah perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang berpanjangan

Rasulullah SAW mengubati masyarakatnya yang sudah teruk itu berpandukan pimpinan dari Tuhan. Di antara yang dilakukan oleh baginda adalah seperti berikut:


1. Rasulullah SAW menanamkan rasa tauhid.
2. Rasulullah menanamkan rasa cintakan Akhirat.
3. Rasulullah menanam kasih sayang sesama manusia.

Begitulah contoh bagaimana Rasulullah SAW mendidik masyarakat sehingga melahirkan peribadi-peribadi agung di dalam masyarakat pada waktu itu dan menyinari kegemilangan ketamadunan manusia di bawah panji-panji islam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer