Peniaga Beriman


02/08/2006

"Saya mahu tuan puas hati dengan apa yang memuaskan hati kami."

MUHAMMAD MUNKADIR, seorang peniaga beriman yang tidak sanggup menyusahkan pihak pengguna apatah lagi untuk menindas dan menghisap darah mereka.

Pada suatu hari dia hendak keluar ke kota, lalu memesan kepada orang gajinya supaya menjaga kedainya baik-baik.

Tidak lama kemudian datang seorang Arab Badwi hendak membeli barang di kedai itu. Orang gaji tersebut telah menjual sebahagian barang-barang dengan harga dua kali ganda dari harga sebenar kepada orang Badwi itu.

Apabila Muhammad Munkadir pulang ke rumah dan mendapat tahu perbuatan orang gajinya, maka segera dia bergegas mencari orang Arab Badwi itu.

Hampir sehari suntuk dia mencari Badwi itu ke sana ke mari. Akhirnya dia bertemu dengan Badwi itu lalu berkata,"Pekeija saya telah berlaku curang terhadap tuan. Dia menjualkan barang itu dengan harga dua kali ganda."

"Oh! Tidak mengapa tuan. Saya senang hati membelinya," jawab Badwi itu.

"Benar, walaupun tuan puas hati membelinya tetapi saya juga mahu tuan puas hati dengan apa yang memuaskan hati kami." Muhammad pun memulangkan wang lebihan itu kembali kepada Badwi tersebut.

Badwi itu mulanya enggan menerimanya, tetapi setelah didesak akhirnya ia terpaksa mengambilnya. Memang kepuasan jelas di wajah Muhammad Munkadir.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer