Pengertian Sebenar Hijrah (1)


17/02/2006

Memang sudah jadi budaya terutama di Malaysia, bila datang bulan Muharam orang sibuk menyambut Maal Hijrah. Sedangkan Maal Hijrah ada hubungan dengan Allah, dengan Rasul, dengan Islam, dengan perjuangan Islam. Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita Maal Hijrah telah dilacurkan, Maal Hijrah telah disalahgunakan. Konsep Hijrah sudah jauh terpesong.

Hijrah sebagaimana kita maklum adalah tahun baru Islam. Kita rasa pelik tahun baru Islam dihitung ketika Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Tidak diambil daripada tarikh Rasul saw lahir atau tidak diambil dari tarikh sejak Rasulullah saw jadi Rasul. Rasulullah saw ketika hendak sambut tahun baru Islam dia bermesyuarat bersama sahabat-sahabat, minta pandangan sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat berbeza pendapat, namun akhirnya dapat satu kata sepakat tahun baru Islam diambil dari tarikh hijrah.

Hadis tentang hijrah.
Terjemahannya : "Sesungguhnya setiap amal itu dinilai kerana niatnya, siapa yang berhijrah kerana dunia, dia akan memperolehinya, yang hijrah untuk wanita, dia akan menikahinya, siapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka mereka akan dapat Allah dan Rasul."

Yang sebenarnya, hijrah yang diperintahkan oleh Tuhan kepada Rasulullah saw, dia ada hikmah yang mendalam yang tersirat mahupun tersurat. Yang tersirat lebih banyak lagi. Mungkin waktu hijrah itu Rasulullah saw dan sahabat tidak tahu natijahnya, apa yang akan berlaku di masa depan, cuma Rasulullah saw ikut perintah Tuhan, disuruh hijrah, dia hijrah. Kalau kita berpegang dengan surat khabar kita tak boleh faham apa itu hikmah hijrah. Cuba kita baca sikit sejarah. Bahkan terjemahan tentang hijrah itupun disalah terjemahkan. Setengah orang terjemah dengan pelarian, ini adalah buruk sangat. Sedangkan apa yang dibuat Rasulullah saw adalah arahan wahyu samada perkataan atau perbuatan Rasulullah saw. Pelarian macam orang kena halau, buruk sangat, tak boleh. Mengatakan Rasulullah saw lari atau sebagai pelarian itu silap.

Rasulullah saw rasa nak hijrah itu adalah wahyu dari Tuhan, bukan kehendak Rasulullah saw. Padahal Rasulullah saw itu oleh kerana agama Islam belum sempurna Tuhan mesti menyempurnakan Islam. Kalau dia tak hijrah pun dia tak akan terancam, dia tak akan kandas. Jadi Allah rasakan pada Rasullah saw nak hijrah itu adalah wahyu, bukan kehendak Rasulullah saw. Kalau wahyu, hikmahnya besar. Strategi besar.

Elok dihuraikan sedikit sejarah supaya kita faham dan tak dicacatkan surat khabar.

Sepertimana kita maklum Rasulullah saw berjuang 2 peringkat atau 2 era, bahagian pertama sebelum hijrah dan bahagian kedua selepas hijrah. Di Mekah 13 tahun, di Madinah 10 tahun. Waktu di Mekah selama 13 tahun terlalu sedikit syariat, kebanyakannya berhubung dengan ketuhanan, dengan akhirat. Bahkan waktu hijrah tu baru 2 tahun saja sahabat bersembahyang seperti kita bersembahyang iaitu tahun 11 kenabian.

Mengapa terjadi begitu? Kerana syariat adalah untuk melahirkan rasa cinta dan takut Tuhan, nak melahirkan rasa kebesaran Tuhan. Kalau orang tak takut Tuhan, tak cintakan Tuhan apa ertinya sembahyang. Sebab itu Rasulullah saw didik sahabat selama 13 tahun untuk kenalkan Tuhan, dapatkan Tuhan, cintakan Tuhan, cintakan rasul, cintakan hari akhirat. Maka bila mereka disuruh bersyariat, itu semua untuk mempersembahkan rasa cinta kepada Allah.

Jadi hijrah kalau kita faham, wahyu dari Tuhan yakni dengan memasukkan perasaan ke dalam hati Rasulullah saw. Mungkin Rasulullah saw belum faham jawapannya, sahabat pun tak tahu, tapi kerana itu perintah dari Tuhan maka ikut saja. Rupanya setelah mereka hijrah, di sini Tuhan nak tinggikan wibawa Rasulullah saw.

Kalau Rasulullah saw itu penyelamat sedangkan orang tak dapat melihat wibawanya yang besar, orang tak dapat terima. Hasil hijrah sampai dapat tawan Mekah semula. Setiap hari di Madinah wibawa Rasulullah saw ditingkatkan sampai dapat balik ke Mekah.

Selepas Rasulullah saw perjuangkan cinta Tuhan, takut Tuhan, cinta akhirat, cinta Rasulullah saw, sahabat mabuk dengan Tuhan, Rasulullah saw, akhirat. Di sini ada wibawa Rasulullah saw. Kalau 2-3 tahun baru Rasulullah saw ceritakan cinta Tuhan dan akhirat kemudian ajak hijrah, sahabat tak mahu, tak larat. Senang ke orang nak pindah? Perjalanan saja sebulan. Orang Arab ini hidup dengan kambing, unta. Nak bawa kambing unta. Kalau bukan cinta Allah, cinta Rasul, cinta akhirat tak larat. Tapi bila dah tertanam cinta Allah, cinta Rasul, cinta akhirat bila disuruh pindah, semua pindah. Yang tak pindah, yang tua, yang sakit dan yang miskin.

Jadi kalau sahabat ikut Rasulullah saw berpindah dengan begitu susah, hebatnya Rasulullah saw. Apa kekuatan dia sehingga orang disuruh pindah, pindah saja? Hal ini didengar oleh orang Rom, Parsi, orang-orang Arab dari bani lain, hairan. Disuruh pindah, pindah. Tinggal kebun, tinggal rumah. Siapa Muhammad ini? Yang sebenarnya Tuhan nak lahirkan wibawa Rasulullah saw. Di situ sudah tercengang dunia, dah terkejut.

Apalah hikmahnya Muhammad ini yang mana dia suruh pengikutnya pindah, dia pindah. Itulah yang pertama hikmahnya untuk meningkatkan wibawa Rasulullah saw. Senang ke nak pindah? Hari ini dah ada kapal terbang pun orang susah nak pindah.

Ketika Rasulullah saw sudah sampai Madinah, dah berjuang 13 tahun, orang Madinah yang sudah berulang alik ke Mekah, terus Islam di tangan Rasulullah saw sebab memang mereka menunggu. Dengan menyanyikan tolaal badru, kepada raja pun orang tak buat. Ini dibuat pada Muhammad, siapa Muhammad ini? Apa kebesaran dia, apa keistimewaan dia?

Rasulullah saw sendiri buat hijrah ini mungkin dia tak diberi tahu, tapi Allah nak naikkan wibawa Rasulullah saw. Dah 2 bentuk untuk menaikkan wibawa Rasulullah saw.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer