Pendorong Ibadah 2
30/03/2006
TAFAKUR :Nikmat yang kita dapat
Hitung-hitungkan pula nikmat-nikmat yang ada pada kita.
Mata, hidung, mulut, kaki, tangan, akal dan lain-lain yang sangat penting untuk kehidupan kita itu.
Fikirkanlah tentang akal yang dikurniakan pada kita. Alangkah berharganya. Dengan akal itu kita jadi cerdik, pandai dan bijaksana.
Dengan akal itu juga kita membelah bumi, menerobos angkasa, menguasai lautan dan daratan.
Kita bebas buat apa sahaja semahu-mahunya. Hatta jadi kaya raya dan berkuasa.
Menungkanlah, apakah layak akal yang begitu mahal kita gunakan hanya semata-mata untuk meruntuhkan tamadun manusia dengan berperang dan membunuh?
Rasakan dihati takut pada Tuhan kerana sebelumnya kita tidak gunakan akal itu untuk memikirkan kebesaran-Nya dan nikmat-nikmat pemberian-Nya yang ada pada kita.
- 1278 reads
Post new comment