Pemuda Dari Khurasan


07/08/2006

Suatu masa Muhammad bin Ahmad, seorang ulama dan mubaligh, bercerita kepada Muhammad bin Qasim Al Farisi kesah seorang pelajar ingin menuntut ilmu agama daripada seorang ulama di Iraq. Pelajar itupun menyediakan bekalan wang sebanyak seribu dinar. Setelah menamatkan pelajaran, diapun kembali.

Ketika meminta izin pulang, gurunya bertanya: "Berapa perbelanjaanmu selama di sini?"

"Seribu dinar," jawab murid tersebut.

"Baiklah, aku akan menghantar kamu dengan sebuah pesanan berharga yang dapat kamu jadikan bekal. Ini dapat menandingi ilmu yang kamu perolehi di dalam kuliah dengan wang yang telah kamu curahkan untuk memperolehi ilmu tersebut."

"Baiklah, tuan guru."

"Kamu berasal dari mana?"

"Dari khurasan," jawab murid tersebut.

"Apakah di sana ada syaitan?" tanya guru itu.

"Tentu raja di manapun ada syaitan, wahai tuan guru."

"Apabila syaitan itu mahu menggoda, apakah yang akan kamu lakukan untuk menghalangnya agar kamu tidak sesat?"

"Tentu syaitan itu akan aku lawan dengan segala kemampuan yang ada. Akan aku kalahkannya dengan segala ilmu yang aku ada."

"Jika syaitan berkeras, apakah kamu akan cuba mengalahkannya?"

"Ya, aku akan lakukan seperti usaha yang telah aku lakukan sebelum ini."
 
"Kalau begitu umurmu habis hanya untuk menolak godaan dan rayuan syaitan. Kamu tidak mem iliki waktu untuk beribadah kepada Allah SWT. Kamu umpama orang yang berjalan bersama seorang pengembala kambing yang membawa seekor anjing garang, yang sedia menggigit dan depan dan belakang.Sudah tentu kamu tidak mempunyai kesempatan untuk menyelamatkan diri daripada terkaman anjing tersebut."

"Kalau begitu, apa yang harus aku lakukan, wahai tuan guru," tanya murid tersebut.

"Panggillah tuan anjing itu agar dia melarang anjing tersebut daripada menyerangmu dengan kelebihan dan kebijaksanaanya."

Kisah ini menunjukkan dalam menghadapi godaan dan rayuan syaitan cukup kiranya dengan berserah diri kepada Allah, meningkatkan rasa kehambaan dan amal ibadah kepada-Nya.

TUHAN! Musuh ketatku ada dua .Yang kedua-duanya tidak nampak oleh mata.Syaitan dan nafsuku. Musuh yang paling hampir dan amat merbahaya ialah nafsu. Nafsu adalah sebahagian daripada diriku .Ia lebih merbahaya daripada syaitan yang terkutuk. Kerana dia adalah jalan atau lorong bagi syaitan. Ertinya syaitan tidak akan dapat menyesatkan manusia kalau bukan kerjasama nafsu. Nafsu boleh juga dikatakan tali barut syaitan. Sedangkan syaitan dan nafsu networknya terlalu banyak. Bukan senang hendak dikesan. Jebak dan perangkapnya terlalu banyak yang direntang di sekeliling kehidupan insan.

Siapalah yang boleh terlepas daripada jebaknya? Siapalah yang boleh selamat daripada termasuk di dalam perangkapnya? Aku tidak mungkin boleh mengawal dan menjaga diriku sendiri? Daripada terjebak dan terperangkap di dalam jaringnya, kecuali kawalan dan pemeliharaan daripada-Mu Tuhan. Engkaulah yang boleh menjaga dan menolong aku daripada termasuk ke dalam perangkapnya.

Oleh itu aku memohon dengan Rahmat-Mu Tuhan! Jagalah aku, peliharalah aku, lindungilah aku .Agar aku terselamat daripada tipu daya nafsu dan syaitan .Aku berlindung dengan-Mu Tuhan daripada kejahatan syaitan .Dan aku juga berlindung dengan-Mu Tuhan, daripada kejahatan nafsuku. Engkau sajalah yang boleh menyelamatkan aku .Selamatkanlah aku Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer