Pemimpin Khadam Umat(3)


14/04/2006

Sayidina Usman Ibnu Affan
1. Syurahbil bin Muslim menceritakan bahawa Saidina Usman menyediakan jamuan makan kepada rakyat seperti makanan raja-raja, padahal dia sendiri hanya makan roti berserta minyak dan cuka.

2. Beliau pernah merintih dihadapan sahabat terdekat, "Sekiranya aku terkapai-kapai diantara syurga dan Neraka dan aku tidak tahu akan kemana maka aku mengharapkan menjadi abu saja."

Sayidina Ali bin Abi Talib
1. Beliau berusaha sendiri untuk keperluan hidup yang sangat sederhana kerana tidak mahu mengambil dari baitulmal walaupun berhak berbuat demikian.

2.Beliau berkata, "Aku dan keluargaku tidak mahu berperut besar dan berisi penuh sedangkan manusia lain berperut kosong dan berada dalam ketakutan. Dan tidak ingin berpakaian indah dan halus. Nescaya nanti ada yang mengira aku senang kerana mengambil dari baitulmal. "

3. Prinsip beliau terhadap keluarga dan sahabat terdekat, iaitu menghalang mengaut harta bertimbun, boros dan bermewah serta membazir.

4. Beliau mengisytiharkan, "Sesungguhnya kelaparan simiskin disebabkan oleh penimbunan (monopoli) harta oleh sikaya dan kedekut."

5. Beliau seringkali membaca sepotong Firman Allah sambil berlinangan air mata iaitu maksudnya: "Negeri akhirat itu kami (Allah ) jadikan bagi orang- orang yang tidak ingin menyombong diri dimuka bumi dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang bertaqwa. (Al Qasas: 83)

Sebagai penutupnya marilah kita memikirkan dan merenung secara serius sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua golongan yang apabila baik maka baiklah rakyat dan apabila rosak maka rosaklah rakyat iaitu pemimpin dan ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Dekatkan dirimu kepada Aku (Allah) dengan mendampingi kaum lemah dan berbuat ihsan kepada mereka. Sesungguhnya kamu memperolehi rezeki (kemajuan, kekayaan) dan pertolongan kerana dokongan dan bantuan (tenaga) kaum lemah dikalangan kamu." (Riwayat Muslim)

Sekian.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer