Pembangunan Roh Melahirkan Generasi Yang Berakhlak


28/04/2006

Profil lengkap pulih pelajar tak berdisiplin

PUTRAJAYA :
Kementerian Pelajaran akan menyediakan profil lengkap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin serius dan mengadakan program pemulihan untuk golongan itu.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Jawatankuasa Induk Menangani Masalah Disiplin yang dipengerusikannya, akan memantau sendiri masalah disiplin pelajar terbabit dan menyelaras program pemulihan itu.......................

Ulasan :
Tiada sesiapapun dapat menafikan bahawa remaja yang terdiri dari pemuda pemudi merupakan harapan atau aset besar kepada agama,bangsa dan negara.Merekalah yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan agama,bangsa dan negara.Mereka juga merupakan khazanah yang paling bernilai.

Walaupun negara mempunyai aset dari sumber semulajadi yang besar dan bernilai tapi nilai remaja bagi sesebuah bangsa,agama dan negara adalah lebih besar.
Remaja merupakan manpower atau tenaga manusia yang padanya ada aset yang sangat besar iaitu akal,roh,fizikal dan nafsu.Mereka menjadi penentu kepada sesebuah bangsa dan negara itu kuat atau lemah.

Didalam ajaran Islam,pembinaan remaja tidak diukur hanya pada pembangunan mental dan fizikalnya saja.Pembangunan roh dan pendidikan nafsunya turut diambil kira.Malah dari kedua aspek pembangunan itu,pembangunan roh dan pendidikan nafsunya adalah lebih utama dari pembangunan mental dan fizikal.Kerana pembangunan roh dan pendidikan nafsu yang membawa lahirnya generasi yang berakhlak mulia,berdisiplin dalam hidupnya.

Namun sejarah pembangunan roh hanya berlaku apabila Rasulullah memperjuangkan Islam bersama para sahabat. Rasulullah telah mengutamakan pembangunan roh atau jiwa lebih dari segala-galanya. Tidak ada bangunan pencakar langit yang dibangunkannya tetapi yang dibangunkan ialah istitusi pembinaan roh iaitu masjid-masjid dari batang-batang pokok tamar sahaja.

Di sanalah Rasulullah saw mendidik roh dan membangunkan jiwa para sahabat dengan mengenalkan Tuhan kepada mereka hingga setiap orang ditanam rasa cinta dan takutkan Tuhan. Natijah dari itu, para-para sahabat menjadi manusia yang kental jiwa dan memiliki ketahanan roh yang sangat tinggi lalu tidak ada apa yang mereka takutkan melainkan Tuhan sahaja.

Jadilah mereka pejuang-pejuang Rasulullah saw yang sangat berani, cerdik dan pandai serta berakhlak dan berdisiplin. Lalu dari Madinah yang kecil lahirlah empayar Islam yang mencakupi 3/4 pelusuk dunia. Ia tertegak megah selama 700 tahun. Bilamana umat Islam sudah rosak roh mereka Dirosakkan oleh cinta dunia dan nafsu liar hingga Tuhan tidak lagi dicintai dan ditakuti. Satu demi satu wilayah pemerintahan Islam jatuh ke tangan musuh.

Sebelum kedatangan Rasulullah saw, roh tidak diambil kira sebagai faktor yang menjadikan satu-satu bangsa itu kuat hingga boleh membangunkan empayar. Waktu itu hanya akal dan fizikal saja diambil kira. Bangsa Rom dan Parsi waktu itu adalah dianggap bangsa yang kuat akal. Maka berjayalah mereka membangunkan empayar di waktu itu.

Tapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, Rom dan Parsi jatuh ke tangan Islam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer