Pejuang Islam Militan Dikudakan Nafsu Dan Syaitan


18/10/2005

PRIHATIN....

RATU Sirikit berucap mengenai siri keganasan terbaru di selatan Thailand kepada sekumpulan pemimpin Islam di istana di Narathiwat, kelmarin.AFP.
Utusan Malaysia 17 Oct: Keganasan di selatan Thailand yang mengorbankan hampir 1,000 orang tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan pulih dalam masa terdekat.

Keadaan tersebut turut mendapat perhatian Ratu Sirikit Kitiyakara yang sebelum ini pernah meminta rakyat Thailand supaya bersatu padu mengutuk secara terang-terangan `orang jahat` yang membunuh individu yang tidak bersalah di wilayah berkenaan.

ULASAN

Ramai pejuang-pejuang berani berjuang menentang musuh-musuh lahimya. Mereka terlalu ghairah, berjuang menumpaskan musuh-musuh yang nampak di mata. Tapi malang sekali, mereka lemah berjuang terhadap musuh batinnya. laitu nafsu dan syaitan yang amat jahatnya.
Bahkan setengah-setengah pejuang tidak minat langsung hendak berjuang terhadap musuh-musuh batinnya.
Lantaran itulah di dalam perjuangan mereka jadi militan, ganas, kasar dan buas.Maki hamun orang, hasad dengki bukan kepalang, sombong takbur pakaiannya, jatuh-menjatuhkan budaya mereka. Di dalam mereka berjuang, mereka dikudakan oleh hawa nafsu mereka. Waktu mereka berjuang, syaitan jadikan mereka bola, disepaknya dan diterjang ke mana-mana.
Mereka sangka wira-wira agama dan bangsa. Sebenarnya mereka adalah petualang-petualang. Mereka menyangka mendapat pahala, sebenarnya derhaka, bala dan Neraka.
Sebenarnya musuh-musuh pejuang bukan manusia tapi nafsu dan syaitan.Berjuang terhadap manusia untuk di Islamkan dan yang Islam hendak di tingkatkan iman mereka agar mereka terselamat daripada Neraka.
Pejuang yang sebenamya adalah penyelamat, bukan pembunuh dan pemusnah.Nafsu dan syaitan adalah musuh-musuh batin yang amat jahatnya.Kerjanya hendak menjadikan manusia termasuk pejuang-pejuang menjadi derhaka, agar Allah Taala murka, supaya mereka-,mereka semuanya masuk Neraka wal`iyazubillah

Begitulah cita-cita nafsu dan syaitan yang durjana terhadap manusia. Sepatutnya kita manusia sibuk berjuang terhadap nalsu dan syaitan kerana mereka itulah musuh-musuh utama manusia . Mereka memerangi kita tidak pemah rehat-rehatnya setiap detik dan masa
Di masa kita berjuang memerangi musuh lahir itulah mereka mengambil peluang diharu-birunya kita agar kita tersesat jalan. Di tipu-dayanya kita agar kita menjadi ganas dan militan.
Didorong kita agar kita mengorbankan kasih sayang sesama manusia. Diputuskannya silaturrahim, dipecah belahnya kita, di porak perandakan perpaduan.

Padahal kasih sayang itulah yang disukai oleh Tuhan dan kasih sayang itulah yang diperlukan oleh semua manusia tidak kira apa bangsa. Sedangkan pejuang-pejuang Islam berjuang korbankan kasih sayang yang dikehendaki oleh nafsu dan syaitan.

Rupanyapejuang Islamberjuang bukan membawa kemajuan dan kejayaan tetapi perjuanganmereka mendorong dan mengundang kejayaan nafsu dan syaitan. Sebenamyamereka tertipu di dalam perjuangan.




Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer