Orang Soleh Dan Pencuri


04/08/2006

Petikan...
"Saya akan masuk ke kedai manakala engkau tunggu di luar. Kalau ada orang datang segeralah beritahu aku. Ingat jangan sampai kita tertangkap."


Seorang pencuri telah mengajak seorang soleh yang disangkanya orang miskin untuk mencuri bersama-samanya. Mereka berdua pun menuju ke sebuah kedai.

Pencuri itu berkata, "Saya akan masuk ke kedai manakala engkau tunggu di luar. Kalau ada orang datang segeralah beritahu aku. Ingat, jangan sampai kita tertangkap."

Setelah beberapa lama pencuri tersebut berada di dalam kedai, tiba-tiba orang soleh itu berteriak, "Hai kawan, cepat lari. Ada yang memerhati kita!"

Apalagi, pencuri itu pun kelam-kabut lari keluar. Orang soleh itu pun ikut berlari di belakangnya.

Setelah agak jauh, pencuri itu berkata, "Tadi engkau kata ada yang memerhati kita, tapi aku tidak nampak sesiapa pun."

Orang soleh itu pun menjawab dengan lemah-lembut: "Hai kawan, benar kata engkau. Tapi tidakkah engkau sedar bahawa ada Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya tetapi Dia sentiasa melihat perbuatan kita."

Terkejut si pencuri mendengar kata-kata orang soleh itu. Ini membuatnya insaf, lantas bertaubat.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer