Orang Melayu Yang Masalahnya Masih Belum Selesai


12/03/2006

Diisythiharkan dalam surat khabar bahawa orang yang terkaya di Malaysia hanya empat orang. Tiga bangsa asing, bumiputra hanya seorang, itupun bumiputra tidak jati seorang keturunan Arab bersalasilah dari pada Nabi.

Apa yang tak kena ni? Kalau kata tak merdeka, sudah merdeka, kuasa pula ada di tangan bumiputra, kemudahan sudah ada, bantuan diberi tidak ada batasnya. Itu tidak dikira yang miskinnya, mungkin yang ramai ianya di kalangan bumiputra.

Tapi pemimpin selalu berslogan, cemerlang, terbilang, gemilang.
Itu menunjukan pemimpin tidak tahu keadaan, dia mengeluarkan kata-kata untuk halua telinga, realitinya tidak berpijak di alam nyata.

Orang ekonomi semua orang suka, ekonomi adalah matlamat hidup manusia. Kerana ekonomi Tuhan dilupa, kerana ekonomi Tuhan tidak diambil kira, kerana ekonomi kita berkrisis dan bergaduh sesama sendiri. Itu pun tidak dapat dimiliki, betapalah yang susah untuk dicapai, apatah lagi. Iman, taqwa, kasih sayang, perpaduan tak usah mimpi.

Itu menunjukan orang Melayu berjuang walaupun di dalam satu parti, tetapi matlamatnya untuk mencari untung peribadi, parti itu sebagai landasan untuk kepentingan diri. Di dalam slogan untuk kepentingan orang Melayu, tetapi di dalam realiti untuk mencari kekayaan peribadi.
Sebab itulah sudah hampir 50 tahun merdeka, yang ada hubungan dengan orang Melayu, banyak tak selesai lagi.

Sedangkan pemimpin sudah bertukar ganti dan yang memerintah bangsa satu parti. Sepatutnya yang ada hubungan dengan orang Melayu sudah selesai, cuma hendak dimatangkan lagi.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer