Orang Luar Biasa


24/06/2006

Berita Harian Sabtu 24hb Jun 2006: Syor lindungi pemberi maklumat dikaji

JEMPOL: Kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk melindungi pemberi maklumat atau saksi kes rasuah, termasuk membentuk program perlindungan bagi tujuan itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan mewujudkan program perlindungan itu adalah baik tetapi ia terserah kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mengemukakan butiran terperinci mengenainya.

Kita sedia timbang cadangan itu kerana ia difikirkan baik. Yang penting, BPR mendapat maklumat terperinci mengenai kes salah guna kuasa atau rasuah untuk bertindak, katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran hak milik tanah kepada 515 peneroka Felda Lui Timur, dekat sini, petang semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ahli Parlimen Jelebu yang juga Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor............

ORANG YANG CINTA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ADALAH ORANG LUAR BIASA

Tiada siapa yang boleh mengaku bahawa dialah orang yang paling cinta dengan agama, bangsa dan negara.Pengakuan sahaja tidak cukup bukti kerana yang mengaku itu lidah, lidah tidak bertulang dia boleh bercakap sesuka hati apa yang hendak dicakapkannya.

Hati siapa tahu!.Kemahuan hati yang punya diri sahaja yang tahu, orang lain mana tahu. Kejahatan hati yang telah dirosakkan oleh nafsu, takkan lidah hendak memberitahu. Siapa mahu membuka tembelangnya sendiri. Adakalanya lidahlah yang berusaha menutup-nutup kejahatan hati. Bercakap untuk yang muluk-muluk sahaja untuk menutup kejahatan hati agar orang percaya dan simpati. Ertinya lidah tidak boleh dipercayai selagi tidak ada bukti.

Orang yang cinta agama, bangsa dan negara ini manusia luar biasa. Orang yang berjiwa besar dan ada cita-cita dari didikan dari kecil lagi kasihkan ketiga-tiganya baru ada. Kalau tiba-tiba secara mendadak sahaja cinta agama, bangsa dan negara tidak munasabah adanya.Ia berlaku segalanya adalah hasil didikan dari kecil baru ada cita-cita setelah dewasa. Kalau bukan hasil didikan biasanya cita-cita manusia ialah makan minum, kahwin, rumah tangga, pakaian, senang, kaya, selesa . Apa yang telah disebutkan tadi tidak payah bersekolah ia adalah fitrah semulajadi setiap manusia.

Berjiwa besar dan bercita-cita besar mestilah hasil didikan dari kecil lagi.
Kalau bukan hasil didikan, berkelulusan tinggi pun dan ada berjawatan tinggi pun cita-cita besar ini tidak mungkin ada. Kerana itulah kalau orang yang berjuang itu bukan hasil didikan dari kecil agama, bangsa dan negara itu akan diperjudikan untuk tujuan peribadi.

Walau pun slogannya, Mari kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara.Bukankah orang yang berjuang katanya untuk bangsa, semakin kaya?! Apatah lagi kalau ada jawatan di dalam negara, hidup mewah jadi budaya menjolok mata. Ada juga hasil berjuang jadi korporat, dapat kemudahan dari negara lagilah kaya.Setelah jadi korporat besar atau jutawan, jika negara susah mana dibantunya padahal dia kaya dari bantuan negara.Bukan sahaja tidak membantu negara, hendak keluarkan cukai pun amat payahnya.

Orang yang ada cita-cita agama, bangsa dan negara sanggup susah dan menderita. Biar agama, bangsa dan negara mulia dan megah dia terhina tidak mengapa kerana agama, bangsa dan negara seseorang itu sanggup susah. Apa yang berlaku sekarang orang yang berlagak konon cintakan agama, bangsa dan negara itulah yang ramai.Kalau dilihat peribadinya sangat memalukan. Akhlaknya tidak menggambarkan cintakan agama, ibadah pun cuai, pemurah tiada. Hendak dikatakan cintakan bangsa, peribadi kaya, bangsa menderita. Hendak dikatakan cintakan negara, harta negara menjadi rebutan, hingga bermusuh sesama seperjuangan.

Kekayaan dan aset negara disalah guna, rasuah menjadi budaya. Oleh itu bercakap, berslogan, berjanji, mengaku sahaja tidak boleh dipegang. Kita mahu lihat buktinya pada sikap dan perbuatan, bukan pada slogan dan percakapannya.

Mari kita mengenal watak sebahagian golongan manusia apabila mereka sudah melupakan agama atau tidak takut dengan Tuhan pencipta. Mengenal secara rambang atau secara umum sahaja.
Kita lihat sahaja watak-watak orang politik di antaranya:

Suka berlagak walaupun belum ada kuasa. Mudah sahaja berjanji dengan rakyat, sekalipun tidak mampu melaksanakannya dan sering sahaja mengata dan menghina musuh-musuh politiknya sekalipun di dalam partinya.Mereka Suka jatuh-menjatuhkan sesama mereka, kerana hendak merebut jawatan yang dia suka. Hidup pura-pura itu adalah budaya mereka.

Rasuah yang paling banyak berlaku adalah di kalangan orang politik terutama yang ada kuasa. Rasuah yang berbagai-bagai bentuk, secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ada yang berbentuk duit mahupun berbentuk kemudahan-kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan. Berbohong itu basahan hidup mereka dan berkawan jarang kekal sampai ke hujung. Mereka mudah dapat kawan, mudah juga hilang kawan kerana mereka berkawan tidak jujur, ada strategi ada udang di sebalik mi.

Kehidupan mereka tidak stabil dan maksud tidak stabil di sini ialah: sikap mereka mudah berubah mengikut corak masyarakatnya. Ertinya kerana hendak ambil hati masyarakat dia terikut corak hidup masyarakat. Jika bergaul dengan artis-artis mereka berlagak sebagai artis. Menari bersama, menyanyi bersama, gelak-gelak ketawa terbahak-bahak bersama, bergaul bebas bersama sekalipun umur mereka sudah tua, di waktu itu mereka berlagak orang muda.

Kalau bergaul dengan orang masjid buat warak atau berlagak macam orang agama.Mereka pakai ketayap, pakai songkok, kain pelekat, baju kurung, duduk baris depan seolah-olah cintakan Tuhan.Di rumah mungkin tidak sembahyang atau sembahyang waktu tertentu sahaja. Di sinilah rakyat yang jahil terutama orang kampung selalu tertipu oleh mereka. Waktu berucap di masjid macam ulama untuk menarik perhatian rakyat yang bodoh-bodoh agama.

Di musim pilihanraya mereka dicalonkan lagi, maklumlah calon yang beragama.Kalau pergi ke kampung, ikut sama bercucuk tanam padahal bukan bidangnya kerana hendak ambil hati orang kampung atau hendak tipu orang kampung secara halus. Orang kampung pun kagum, mereka pun berkata pemimpin ini benar-benar berjiwa rakyat.

Kehidupan mereka macamlah binatang sesumpah di hutan boleh bertukar warna. Hinggap di daun warna daun, hinggap di tanah rupa tanah. Boleh menyesuaikan diri di dalam apa keadaan pun. Ertinya orang yang tidak ada pendirian hidup, selalu hipokrit. Mereka Berjuang kerana kepentingan dunia bukan untuk agama, bangsa dan negara. Hanya cakap-cakap kosong sahaja untuk agama, bangsa dan negara.

Orang cerdik pandai boleh menilainya. Mereka ini apa takut dengan cerdik pandai, orang cerdik pandai bukan ramai! Yang ramai rakyat jelata yang bodoh-bodoh merata negara. Apabila mereka tidak ada jawatan lagi samada di dalam parti, di dalam negara, perjuangannya terhenti sekalipun mereka masih muda lagi.Nama mereka hilang di arena tanah air. Itulah tanda mereka berjuang kerana wang atau jawatan bukan kerana agama, bangsa dan negara

Apabila mati barulah namanya disebut kembali oleh media massa iaitu bekas wakil rakyat sudah mati. Orang politik perjuangannya lebih dahulu mati, sebelum kematian badannya. Itulah dia orang politik, kecuali yang takutkan Tuhan. Harap diambil perhatian.

(Kepada semua pembaca dan peminat Rufaqadaily, kami mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan kiriman bersiriJawapan Kepada Tuduhan-Tuduhan Terhadap Rufaqa kerana sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya anda masih berminat untuk menerimanya, sila hantar email peribadi anda kepada 1nuraina@gmail.com . Harap maklum)



Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer