Nabi Muhammad Saw Model Kecintaan(3)


28/11/2006

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, "Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka." Rasulullah berkata, "Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar)."

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, "Mengapa kamu berbuat demikian?"
Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: "Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka."

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam lebih-lebih lagi oleh para ulamanya. Dan sepatutnya kasih sayang inilah yang diratakan di seluruh dunia kini. Malangnya hal ini tidak berlaku. Sudah tidak ada lagi kasih sayang, kedamaian dan suasana harmoni seumpama itu di dunia hari ini.

Sekian.

Keagungan Nabi Muhammad SAW yang mulia

Alhamdulillah..kita punya Nabi yang harus di contoh suri tauladannya kpd sesama manusia,hewan d tumbuhan.
kita berusaha mengamalkan Al-Qur'an dan as-sunnah sekuat kemampuan qt.Laa haula wala quwwata illa billah....

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer