Misteri Di Tengah Lautan


12/08/2006

Angin kencang telah bertiup di tengah lautan. Laut ber gelora tinggi, melanda sebuah kapal besar yang sedang belayar.

Gelombang laut semakin menjadi-jadi, membuatkan penghuni kapal yang terdiri daripada ahli perniagaan itu semakin cemas kerana keselamatan mereka mula terancam.

Dalam pada itu, di hujung bahtera itu kelihatan seorang lelaki berpakaian daripada bulu unta. Di wajahnya sedikit pun tidak ada tanda cemas. Lebih menghairankan, apabila lelaki itu turun dan kapal, dia boleh berdiri di atas air dan telah mendirikan sembahyang di tengah laut yang sedang mengganas itu. Kemudian dia berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.Melihatkan kehebatannya, beberapa orang di dalam bahtera itu memanggilnya.

"Wahai saudara, jangan tinggalkan kami. Bantulah kami!"

"Apakah hajatmu?" kata lelaki itu.

"Kapal ini sudah hampir tenggelam dipukul ombak dan gelombang. Tolonglah kami!" jerit mereka.

Segera lelaki itu menjawab: "Hampirkanlah diri kamu kepada Allah."

"Macam mana cara untuk kami menghampirkan diri kepada Allah?" sahut mereka serentak.

"Tinggalkanlah dunia kamu," sambungnya lagi.

"Bagaimana?"

"Keluarlah kamu dan bahtera dengan menyebut nama Allah," sahut lelaki itu.

Dengan penuh yakin keluarlah mereka dan bahtera itu seorang demi seorang. Kesemuanya boleh berjalan di atas air. Sungguhpun begitu di hati masing-masing merasa cemas kalau-kalau mereka jatuh tenggelam di dalam lautan yang sedang mengganas dan amat dalam itu.

Tiba-tiba bahtera mereka tenggelam dengan sendirinya. Lelaki itu bersuara: "Oleh kerana kamu telah berpaling dan dunia, maka kamu telah diselamatkan."

"Siapakah kamu sebenarnya?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Aku Uwais Al Qarni," jawabnya.

"Wahai Uwais Al Qarni, tahukah kamu dalam bahtera yang tenggelam tadi ada banyak harta pemberian seorang hartawan Mesir untuk para fuqaha."

Lantas Uwais berkata: "Kalau Allah mengembalikan harta-harta itu kepada kamu, apakah kamu akan membahagi-bahagikan kepada orang fakir?"

"Ya sudah tentu," jawab mereka beramai.

Uwais terdiam seketika, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat dua rakaat di permukaan air dan berdoa dengan suara yang agak perlahan. Alangkah terkejutnya mereka apa- bila melihat bahtera itu timbul kembali di permukaan air dan laut yang bergelora juga sudah beransur tenang.

Mereka segera naik ke atas bahtera sambil mengucap syukur kepada Allah dan belayar menuju ke Madinah. Sampai di Madinah mereka membahagi-bahagikan harta itu kepada orang fakir dan sedikit pun tidak tertinggal. Mulai hari itu tidak ada lagi orang miskin di Madinah.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer