Menyingkap Kehebatan Rasulullah Disebalik `ummiy`


08/04/2006

Bahagian Kedua

Penyelewengan orientalis terhadap gelaran Ummiy
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah, kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: "Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah."

Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud Ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan dilindungi.

Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita buat perbandingan dua kaedah mendapat ilmu.
1. Secara biasa. laitu melalui pancaindera dan segala alat-alat bantuan belajar yang serba canggih di kurun ini.
2. Secara luar biasa laitu tanpa melalui usaha lahir secara menulis dan membaca.

Sistem pembelajaran hari ini mengukur kepandaian seseorang melalui sijil mengikut tingkatannya iaitu bermula dari bawah hinggalah kepada bachelor, master dan Ph.D. Paling tinggi pencapaian pelajaran seseorang itu ialah apabila berjaya memperolehi Ph.D di dalam sesuatu bidang ilmu. Contohnya, seorang yang ingin menjadi pakar undang-undang, di peringkat sarjana muda dia akan belajar secara umum 20 jenis undang-undang. Bila dia melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana dia akan hanya rnenumpukan kepada 2 jenis undang-undang dan bila dia terus lagi belajar hingga ke peringkat Ph.D dia akan memperkecilkan lagi skop pembelajaran dan hanya menumpukan 1 aspek sahaja dalam satu bidang undang-undang.

Begitulah juga kalau seseorang yang ingin jadi pakar membuat kapal terbang, diijazah pertama dia akan belajar secara umum tentang sebuah kapal terbang. Bila dia melanjutkan lagi ke peringkat sarjana, dia akan hanya menumpu kepada pelajaran bagaimana hendak membuat pesawat itu terbang, manakala di peringkat ketiga, Ph.D, dia akan hanya belajar tentang sayap kapal terbang.

Rupa-rupanya manusia hari ini telah diperbodohkan melalui kaedah pencatuan ilmu sebegini. Dan kita juga jarang berjumpa dengan seseorang yang punya lebih dari satu Ph.D. Kalau ada pun jarang-jarang sangat. Ini adalah kerana proses pembelajaran secara ini memerlukan tempoh masa yang lama, belanja yang besar serta komitmen yang tinggi.

Kadang-kadang apa yang menyedihkan kita ialah ada para cerdik pandai, profesor-profesor yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji batu, hingga sangat alim tentang batu dan diiktiraf sebagai profesor batu, tapi tidak kenal Tuhan yang mencipta batu dan yang mencipta dirinya juga. Begitulah kaedah pembelajaran hari ini. Manusia begitu canggih ilmunya hingga mampu naik ke bulan, terjun ke dasar lautan dan bumi, mendaki gunung-ganang, tapi malang, sebegitu dalam dan luas manusia mengkaji, menyelidik dan menuntut ilmu, Tuhan tidak dijumpai di dalam pencariannya hinggakan kadangkala ada yang gila dalam keghairahan menuntut ilmu. Setakat itu sahajalah kemampuan seseorang memperolehi ilmu melalui proses pembelajaran secara biasa ini. Hasil pencapaiannya juga adalah terhad dan ilmunya juga belum tentu terjamin kebenarannya.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer