Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan- Bhg 9b


10/09/2005

PENUTUP
sambungan
Kalau kita lihat Al Quran dan hadis, arahan berjuang itu bukan sepanjang masa. Ada masa tertentu tidak digalakkan berjuang kerana berjuang itu akan lebih merosakkan daripada tidak berjuang. Kecuali dalam keadaan terdesak, diserang, kita hanya pertahanan diri.

1. Waktu dimana umat Islam dikehendaki untuk berjuang
Waktu untuk berjuang adalah setiap seratus tahun sekali, di awal kurun hijriyah. Yang disebut awal kurun adalah 25 tahun pertama dari 100 tahun/kurun tersebut. Di awal kurun ini, seperti yang disabdakan Rasul SAW, ada mujadid yang lahir. Mujadid ini adalah ulama berwatak Rasul, yang boleh memimpin. Seperti juga sejarah menunjukkan bahawa Rasul tidak ramai. Sejak zaman Nabi Adam sampai kita, hanya ada 313 Rasul sahaja. Ertinya pemimpin tidak ramai kerana Rasul itu pemimpin.
Pernahkah kita diajar, bila datang awal kurun Hijrah, kena cari mujadid untuk kita taati, untuk kita serah diri, untuk kita serah nyawa, untuk dia didik kita, bagaimana untuk berjuang supaya kita diberi ilmu panduan berjuang, panduan mendidik, bermasyarakat dan menghadapi musuh? Masalahnya ilmu ini tidak pernah diajar. Sedangkan setiap kali datang awal kurun hijrah, wajib mencari mujadid. Kalau tidak ada di Malaysia, carilah di mana-mana. Bila jumpa, wajib taat, macam taat dengan Rasul.

2. Waktu dimana umat Islam tidak dikehendaki untuk berjuang
Selain di awal kurun, ulama-ulama yang baik, yang berakhlak dan ada ilmu, itu dikatakan ulama berwatak Nabi. Nabi bukan pemimpin. Buktinya, selepas Nabi Musa, ada seorang Nabi namanya Samuel. Patutnya dia jadi pemimpin Bani Israel yang telah dijajah oleh Rom tetapi dia bukan Rasul maka dia bukan pemimpin. Siapa yang Tuhan lantik jadi pemimpin? Bukan Nabi tetapi Thalut. Walaupun dia bukan Nabi, dia ada watak Rasul, ertinya layak jadi pemimpin. Dia pun jadi pemimpin sampai berjaya menghalau bangsa Rom. Itu hujah kita bahawa Nabi bukan pemimpin. Jadi ulama-ulama berwatak Nabi ramai tetapi bukan pemimpin.
Jadi kalau ada ulama, di luar awal kurun, dia hanya boleh tengokkan ibadah, akhlak. Kalau dia bawa umatnya berjuang, akan rosak sebab dia tidak faham. Tuhan tidak beri ilmu berjuang padanya. Tetapi sayang hal ini tidak pernah diajar yakni adanya ulama yang berwatak Nabi dan ada ulama yang berwatak Rasul. Padahal ini penting untuk keselamatan umat. Ada masa perlu berjuang dan ada masa jangan berjuang. Kalau berjuang waktu tidak boleh berjuang, akan rosak. Yang berlaku, waktu patut berjuang, tidak mahu berjuang yakni waktu ada mujadid. Cari pun tidak. Mana orang faham sebab tidak diajarkan. Waktu tidak boleh berjuang, masing-masing hendak berjuang. Akhirnya di tangannya terjadi kehinaan ke atas Islam.
Inilah akibat tidak belajar Al Quran dan Hadis secara menyeluruh. Hanya belajar hukum hakam sahaja. Sebab itu, kalau kita bertanya kepada Tok guru, bagaimana untuk buat jemaah, bagaimana untuk bangunkan masyarakat Islam atau apa ciri-cirinya, dia tidak akan boleh jawab. Tetapi kalau tanya hukum hakam, dia mahir. Tetapi kalau tanya bagaimana hendak atasi musuh Islam, dia hanya boleh jawab. Potong leher. Itukah berjuang? Dengan ajaran kebenaran yang begitu luas, bila tanya pada Tok guru, bagaimana untuk berjuang, dia tidak tahu. Sehingga jadi buruknya Islam. Islam yang begitu cantik, indah, membawa kasih sayang tetapi bila diajak berjihad, jawab ulama, Potong kepala. Patutlah Tuhan hina kita, umat Islam ini. Mana ada sebuah negara umat Islam yang tidak bersandar dengan orang. Yang boleh berdiri sendiri. Tidak ada. Hendak makan pun masih bersandar dengan negara lain sebab kita tidak diajar ilmu yang lebih luas. Ilmu yang diajar sempit sahaja. Itupun tidak sempurna juga.
SEKIAN

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer