Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan Bhg 9a


09/09/2005

PENUTUP
Berbagai usaha, kertas kerja telah dibuat oleh pakar-pakar pendidikan dunia untuk menangani masalah kerosakan remaja. Namun nampaknya hasilnya jauh dari menggembirakan. Bahkan yang berlaku adalah saling menyalahkan satu pihak terhadap pihak lain. Guru menyalahkan ibu bapa.Ibu bapa mengatakan guru dan sistem yang salah. Pemimpin pula merasa sistem yang telah ada itu tak berjaya, bukan kerana sistemnya, tapi kerana guru yang tidak menghayati sistem, dan ibu bapa yang tidak mendukung. Jadi siapakah yang dapat menyelesaikan masalah ini ?
Sebenarnya buah dari pendididkan di negara-negara umat Islam di dunia, telah berbuah lebat. Misalnya, sistem pendidikan yang telah digunakan sejak Malaysia merdeka, tahun 1957 adalah satu sistem pendidikan yang tidak menjurus pada Tuhan. Bahkan bersifat perasaan pun tidak, sistem pendidikan yang ada hanyalah hendak membuat anak didik maju seperti di negara Korea, Jepun, dan negara maju lainnya. Dengan kata lain hanya bertujuan melahirkan robot-robot pembawa kemajuan material. Oleh kerana sistem sudah berjalan lama, buah sudah banyak, buah sudah berperanan. Setengahnya sudah menjadi ibu ayah, pemimpin, setengahnya sudah menjadi kerani, DO, professor, pensyarah, dengan peranan yang berbeza, peranan yang tidak sama, kemampuan pun tidak sama berdasarkan kelulusan masing-masing, namun keluar dari sistem yang sama. Yang tidak sama hanyalah dari segi pencapaian akal: ada yang sederhana, pandai, tapi perangai, akhlak sama, satu acuan. Sedangkan benda yang tak baik itu orang jahat pun tak setuju.
Akhirnya yang terjadi adalah saling menyalahkan: ayah berkata pada guru : Kamu guru, saya tak suka kamu, saya tak setuju dengan sistem yang kamu guna. Begitu juga guru tak suka ayah. Memang fitrah orang jahat tak suka orang jahat. Tapi mengapa mereka boleh mengadu, sebab nazir, menteri semua dah jahat. Akhirnya cik gu susah hati, mak ayah susah kerana perangai guru sama dengan mak ayah. Kalau lah kita fikir nak baiki guru ayah yang tak sefahaman pada anak-anak tak akan selesai. Sebab kedua pihak bukan pendidik yang baik. Mereka tak dapat selesaikan masalah ini.
Kalau begitu apa jawapannya ? Sebenarnya, memikirkan masalah orang-orang yang terlibat itu adalah perkara ranting atau buah. Umpama kita jumpa buah pahit, lalu kita potong saja buah itu. Namun 3 bulan datang lagi, buah yang tumbuh lagi pahit, sebab pokoknya sama. Selain itu masalah remaja, masalah pendidikan hanyalah satu aspek dari kehidupan. Sedangkan kita melihat kenyataan di dunia sekarang ini semua aspek kehidupan sudah rosak, ranap : pendidikan, ekonomi, kebudayaan, politik, dll. Yang kesemuanya saling berkait. Oleh itu kita perlukan suatu penyelesaian yang bersifat global. Hari ini mesti ada satu perjuangan besar untuk melahirkan satu sistem hidup sebagai alternatif.
Hari ini umat Islam bukan tidak berjuang. Tapi mengapa semakin ramai umat Islam yang berjuang tapi umat Islam semakin terhina. Sayangnya ramai orang yang hendak berjuang, tapi tidak pernah belajar tentang berjuang, akhirnya jadi militan. Padahal Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin, mereka tidak militan. Bahkan Rasulullah terkenal memperjuangkan kasih sayang. Itulah perjuangan Rasulullah. Jadi siapa yang ajar kita jadi militan ? secara tak sedar, umat Islam belajar dari komunis. Yang hendak dibawa adalah ajaran Islam tetapi tekniknya komunis. Tentulah Tuhan marah, maka diatas perjuangan itulah Tuhan hina kita.
Sebenarnya Tuhan telah datangkan Al Quran dan sunnah sebagai panduan, rahmat bagi seluruh umat di dunia, khususnya umat Islam. Al Quran dan sunnah, isinya bukan hukum hakam sahaja. Bukan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja. Hukum hakam tidak banyak. Ayatnya hanya 500 sahaja diantara 6666 ayat dalam Al Quran. Ertinya banyak lagi perkara lain dalam Quran selain hukum hakam, misalnya :
1.bagaimana hendak berjuang,
2.apakah strategi perjuangan,
3.bagaimana hendak tegakkan jemaah,
4.ciri-ciri jemaah Islam,
5.apakah pengisian-pengisian jemaah itu,
6.bagaimana hendak berhadapan dengan musuh.
7.Tidak kurang juga diceritakan waktu bila umat Islam patut berjuang dan waktu bila tidak perlu berjuang.
Jadi bagi ulama-ulama yang pakar di bidang hukum hakam, kalau hendak berijtihad, tentu tak cukup untuk dapat mencungkil hal-hal di atas, bila hanya faham 500 ayat yang berhubung dengan hukum hakam sahaja. Sedangkan ayat Quran ada 6666 ayat, yang mesti dihurai pula oleh hadis. Hadis itu banyak. Kalau dicampur hadis-hadis dhaif dan hadis-hadis sahih, ada tidak kurang 40,000 hadis untuk menghuraikan Al Quran.
Semua yang diceritakan oleh Al Quran dan hadis adalah rahmat bagi umat Islam tetapi umat Islam tidak dapat rahmat dari apa yang diceritakan sebab umat Islam tidak pun mempelajari. Umat Islam hanya belajar hukum hakam. Bila hendak sembahyang, dia lihat dalam Quran dan hadis, bagaimana hendak sembahyang. Begitu juga bila hendak puasa dan naik haji, mereka lihatlah apa syarat, rukun, sah dan batalnya ibadah itu. Yang ulama ajar, fardhu Ain, Fardhu kifayah saja.
Umat Islam tidak pernah belajar atau mengajar strategi perjuangan sebagaimana yang Rasulullah sebut,

Wajib ke atas kamu berjemaah.
Wajib, bukan sunat. Ertinya kalau tidak buat, berdosa.
Berjemaah itu rahmat, tiada jemaah itu azab, berpecah belah.
Azabnya bukan sahaja di Akhirat bahkan di dunia lagi. Pernahkah ulama mengajarkan apa itu jemaah Islam , bagaimana untuk bangunkannya, siapa pemimpin dan pengikutnya, juga bagaimana untuk mengisi jemaah itu? Ini adalah satu kesilapan dalam pengajaran Islam kerana tidak mengambil AlQuran dari aspek ini sedangkan ini adalah paling asas bagi kehidupan. Bahkan hukum halal dan haram itu hanya boleh dilaksanakan dalam satu kelompok manusia yang sudah pun mempunyai jemaah. Kalau tiada jemaah hukum halal dan haram itu tidak ada nilai pun dalam masyarakat ini. Orang redah sahaja yang haram, orang telan sahaja yang halal. Hanya dalam jemaah, di dalam partai Allah, orang memberi harga kepada halal dan haram ini.
bersambung

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer