Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan Bhg 8


08/09/2005

DASAR PENDIDIKAN NEGARA ISLAM SELEPAS MERDEKA
unikl th perdana
Dasar pendidikan di negara-negara umat Islam di seluruh dunia selepas merdeka
satu sama lain tidak jauh bezanya
Kalau adapun kelainannya hanya di segi teknik dan bahasa yang digunakan sahaja
Dasarnya adalah sekular, untuk semata-mata melahirkan orang pandai,boleh membuat kemajuan dan mengejar dunia.
Teras pendidikannya tidak berdasarkan tauhid atau ketuhanan,
kecuali terlalu sedikit sahaja
Syariat yang diajarkan pula terlalu asas, hanya di sekitar ibadah.
Cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan jauh sekali,
tauhid hanya sekadar mengesahkan aqidah jangan tersalah
Oleh kerana di dalam pendidikan aqidah yang diajar terlalu asas,
akhlak yang tinggi dan mulia tidak mungkin terserlah
Tidak mungkin melahirkan manusia yang cintakan Allah dan sesama manusia
Apatah lagi hendak melahirkan manusia yang tawadhuk, pemurah, sabar,
rasa bersama bekerjasama, mengutamakan orang, mustahil rasanya
Tidak mungkin melahirkan manusia yang ikhlas, pemalu, berani kerana Allah,
tawakal, berdikari, rajin beribadah, jujur
Pokok pendidikan yang telah ditanam semenjak merdeka sudah pun berbuah
Buahnya ialah, yang berjaya di dalam perniagaan sombong, tamak, berfoya-foya, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi
Yang berjaya di bidang pelajaran dan mendapat jawatan tinggi, egonya tinggi,
hidup nafsi-nafsi, kecuali kerja rasmi
Yang tidak berjaya, kecewa, ada yang putus asa, inferiority complex tiba.
Rasuah jadi budaya di kalangan yang berjaya,
curi, tipu, kidnap,di kalangan yang tidak berjaya
Melahirkan manusia sudah mewah pun tidak puas,
yang miskin kecewa, putus asa, melata
Pemuda-pemudi berfoya-foya, melepak-lepak merata-rata, terperangkap dengan dadah, ganja, bohjan, bohsia, bergaul bebas jadi budaya
Video lucah, vandalism, black metal, skin head, zina, disiplin tidak ada
Inilah dia buah daripada pendidikan, selepas merdeka yang berlaku
di negara umat Islam sedunia
Setiap golongan susah-menyusahkan di antara golongan,
curiga-mencurigai, di antara puak
Prejudis satu sama lain
Guru benci dengan murid, murid benci dengan guru, rakyat benci dengan pemimpin, pemimpin benci dengan rakyat
Di antara anak dan ibu bapa renggang, apatah lagi di antara saudara-mara
Berkawan tidak setia, khianat-mengkhianati sesama, jenayah memeningkan kepala, perpecahan tak usah dikira
Padahal tujuan ingin merdeka, ingin bangsa jadi kuat, kalaupun tidak jadi empayar
Tapi apa yang berlaku, tak usah hendak jadi empayar, berdikari pun belum boleh lagi
Kalau dulu bolehlah salahkan penjajah, sekarang siapa yang bersalah,
kalau bukan bangsa sendiri
Oleh kerana buah pendidikan di setiap negara telah menjadi racun, membunuh diri
Setiap orang di dalam ketakutan, setiap orang di dalam kebimbangan,
setiap orang merasa ngeri
Tapi cerdik pandai, pemimpin, ulama belum sedar diri, masih buntu,
jalan keluar tidak tahu
Bukan tidak tahu ada golongan membawa kebenaran, tapi bermusuhan
kerana kepentingan diri
Kepentingan diri yang telah diperolehi atau dididik daripada sekolah lagi
Sekarang negara umat Islam nama sahaja sudah merdeka, hakikatnya belum bebas lagi
Apabila Amerika mengamuk, umat Islam di dalam ketakutan, terpaksa menerima arahan
Apabila Amerika mengamuk, terpaksa ada negara umat Islam menjadi tali barutnya
Tapi katanya sudah merdeka, itu bukan merdeka, terpaksa ikut Amerika

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer