Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan- Bhg 7c


05/09/2005

PERUBAHAN MEREKA ADALAH KEBAHAGIAAN KITA (Study Case)
Sibukkan mereka dengan berbagai program
2. Program-program periodik
a.Pertandingan persembahan mingguan
Dengan tujuan yang telah dihurai dalam bab sebelum ini, setiap seminggu sekali pelajar-pelajar diprogramkan untuk pertandingan persembahan kebudayaan, di mana 11 anak dari setiap kelompok terlibat sama untuk membuat satu persembahan yang di dalamnya ada berbagai bentuk sajian kebudayaan seperti nasyid, sajak, dll. Yang ditandingkan dalam persembahan yang berlangsung satu jam untuk tiap kelompok, adalah :
i. Persembahan nasyid :
* Melantunkan nasyid yang sudah sedia ada
* Mencipta nasyid baru dan melantunkannya. Syair nasyid diberi oleh guru atau bila memang ada pelajar yang boleh buat syairnya, guru tetap perlu memantau agar boleh mempastikan bahwa lirik nasyid mengandung unsur-unsur baik menurut Islam
ii. Pembacaan sajak :
Pelajar-pelajar diberi sajak oleh guru dan mereka menghafalnya. Sajak yang dipilih adalah sajak-sajak tentang Tuhan. Kerana dipersembahkan dalam bentuk sajak, yang lebih mudah difahami berbanding dengan kuliah, maka anak-anak secara tak sedar dikenalkan pada Tuhan. Selain dihafal, mereka pun diajar untuk mendeklamasikan sajak dengan gayanya sekali
iii. Pengerusi acara : pelajar dipandu untuk menjadi pengerusi majlis yang dapat menceriakan acara dengan susunan kata-kata yang bernas, berisi hikmah-hikmah yang seni dan menyentuh
iv. Pembacaan berita dunia : pelajar dipandu untuk
Mencari berita terkini di akhbar-akhbar dan sumber-sumber lain
Menilai berita tersebut dipandang dari sudut yang tepat menurut minda Islam
Menyajikan berita tersebut pada para hadirin
v.Pembacaan berita akhirat : pelajar dipandu untuk :
Mencari berita-berita yang menggambarkan kehidupan akhirat. Berita dapat diambil dari ayat-ayat Quran yang berkaitan dengan akhirat atau buku-buku yang menceritakan hal tersebut
Membacakannya di hadapan hadirin, dengan harapan semua yang mendengar bertambah yakin akan datangnya hari akhirat.
vi. Lakonan : Pelajar dipandu untuk membuat skrip lakonan dan melakonkannya.
Hakim terdiri dari team guru, di mana penilaian yang utama adalah pada mesej yang disampaikan. Lepas itu barulah dinilai kreativiti pelajar dalam mempersembahkan mesej tersebut.
b. Projek ekonomi 2 kali seminggu
Untuk melatih mereka berdikari, projek ekonomi dilakukan 2 hari dalam seminggu di sebelah petang. Projek ekonomi ini berbagai bentuknya bergantung kepada keadaan pelajar. Pelajar yang memang hyper/aktif, diberi projek ringan sepertimembungkus makanan ringan. Untuk pelajar yang memang ada minat lebih dari itu, projek yang dibuat adalah buat kuih, nasi lemak, roti canai, dll
c. Masak untuk seisi rumah (30 orang), 2 hari sekali
Pelajar-pelajar duduk sekali dengan guru, 2 kelompok pelajar dengan bimbingan guru, digilir beli barang ke pasar dan memasak untuk seisi rumah, khusus untuk makan malam. Sedangkan untuk makan pagi dan siang makanan diambil dari catering sekolah. Bila ada program lain yang menyebabkan mereka tak ada masa untuk memasak, maka makan malam pun disupply dari catering.
...akan bersambung...

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer