Mengapa Kita Tidak Mencari Tuhan?


08/08/2006

Manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini,macam-macam yang mereka cari, dan kebanyakan mereka dapat apa yang dicari.
Ada yang dapat kekayaan, ada yang dapat kekuasaan, ada yang dapat nama dan glamour, ada yang dapat perempuan disekeliling pinggang, ada yang mendapat kekuatan, ada yang mendapat intan berlian, ada yang mendapat pengikut yang ramai dan ada yang dapat Tuhan.

Tetapi yang dapat Tuhan tak ramai orang. Yang peliknya, yang mendapat Tuhan walau bagaimana besar ujian yang datang mereka dapat tahan ujian. Tidak ada seorang pun yang dapat Tuhan yang membunuh diri di dalam kehidupan mereka. Tetapi yang dapat selain Tuhan, kebanyakannya membunuh diri kerana bila mendapat ujian mereka tidak tahan. Kadang-kadang disebabkan isteri membunuh diri, kadang-kadang disebabkan sakit tidak tahan mencabut nyawa sendiri. Kadang-kadang ujian dari kawan-kawan tidak tahan, dia bunuh diri sendiri. Seolah-olah itu adalah jalan keluar. Setengah orang kematian isteri atau suami yang disayang dia bunuh diri sendiri. Setengah mereka kekayaan hilang, hati tak tahan membunuh diri sendiri. Setengah orang ada kekuasaan kemudian didatangkan ujian, negeri diserang orang, dia tak tahan langsung dia cabut nyawa sendiri.

Tetapi pelik, mereka-mereka yang dapat Tuhan, walaupun ujian mereka lebih dahsyat yang ditimpakan oleh Tuhan, tak pernah bunuh diri walaupun seorang.
Contoh di dalam sejarah, untuk ingatan kita:

Nabi Ibrahim AS dibakar oleh api tak pernah kecewa perasaan.
Nabi Musa AS empat puluh tahun tersesat di Padang Teh berhadapan dengan kerenah pengikut-pengikutnya yang jahat. Selepas itu terjun kedalam lautan sebesar habuk pun hatinya tidak ada kecewa.
Nabi Yusof AS berpisah dengan bapanya empat puluh tahun dikhianati oleh saudara-saudaranya kemudian difitnah dengan perempuan hatinya tak pernah cacat.
Nabi Muhammad SAW pernah di ISAkan bersama keluarganya tiga tahun lamanya. Di dalam peperangan patah gigi Baginda, terperosok di dalam lubang, pernah nak dibunuh oleh musuhnya dengan dikepung rumahnya. Isteri Baginda difitnah oleh musuh-musuhnya yang memalukan Baginda tetap tenang.

Apa rahsianya?
Orang dapat Tuhan, walau bagaimana besar pun ujian, bukan sahaja tidak membunuh diri, tapi sedikit pun hatinya tidak ada kecacatan.
Apa rahsianya?
Orang dapat Tuhan, hatinya tidak cacat, sedangkan selain itu orang yang mendapat harta, kekayaan, kekuasaan, intan berlian dan perempuan, mereka dapat apa yang dihajati tetapi mereka dapat benda yang murah.
Tetapi orang yang mendapat Tuhan, walaupun besar ujian dia boleh tahan. Orang yang mendapat selain Tuhan, walaupun banyak dia mendapat sesuatu yang murahan. Sedikit pun terima ujian sudah tak tahan kalau pun tidak bunuh diri, hatinya keluh kesah, fikirannya tak keruan, hidup gelisah sepanjang zaman. Itu baru di dunia, belum lagi di Akhirat.

Orang yang mendapat Tuhan, di Akhirat dapat kebahagian di dalam syurga selama-lamanya, tidak diukur oleh masa. Yang mendapat selain Tuhan, di Akhirat lagilah kecundang. Masuk dalam neraka, azabnya tidak dapat diceritakan ia berlaku selama-lamanya tidak diukur oleh masa.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer