Mengapa Kita Dituntut Mencari Ilmu
11/01/2006
Ajaran Islam sangat menggalakkan kepada penganutnya menuntut ilmu sama ada ilmu dunia mahu pun ilmu Akhirat.
Mengapa Allah Taala menggalakkan umat Islam menguasai ilmu sama ada ilmu dunia dan Akhirat? Di antara hikmahnya ialah:
1. Agar mengenal Allah Taalah dan boleh menyembah-Nya serta takut dengan-Nya kerana Dia berkuasa di atas kita.
2. Supaya umat Islam tidak buta ilmu agar dari ilmu berbagai-bagai maklmumat boleh diketahui.
3. Agar umat Islam terpimpin dengan syariat-Nya di dalam seluruh kehidupannya dan berakhlak mulia.
4. Agar dengan ilmu dan pengalaman manusia boleh maju di dalam seluruh aspek kehidupan.
5. Agar umat Islam cinta dengan Akhirat dan mengutamakannya daripada dunia.
6. Agar umat Islam dengan ilmunya mudah menarik dan mempengaruhi orang yang bukan Islam masuk Islam.
7. Agar umat Islam dengan ilmu dan pengalamannya pandai mengendalikan urusan kehidupan hingga mudah dan senang menguruskannya.
8. Agar layak menjadi khalifah Allah Taala di bumi.
9. Agar dapat memimpin manusia ke jalan yang benar.
- 2639 reads
Post new comment