Meluruskan Keliru Imej Di Kalangan Wanita(1)

Kuliah Umum


15/07/2006

Pada umumnya bila berbicara tentang imej orang sering mengaitkan dengan pakaian, penampilan seseorang, keretanya, rumahnya. Coba kita telaah apakah betul imej itu terletak pada pangkat, kecantikan, harta kekayaan. Apakah dengan kecantikan, harta, kekayaan orang hormat?

Imej pula bukan pada pakaian. Pakaian boleh dibuka. Kalau imej pada pakaian, macam mana kalau tukang rumput dia pakai coat dan tali leher karena nak imej. Orang bukannya boleh terima, bahkan hal itu menurunkan imejnya.

Apa Erti Imej?
Maksud imej adalah harga diri atau maruah diri. Dengan harga diri, maruah diri itulah orang lain boleh hormat atau tidak dengan seseorang, boleh yakin atau tidak dengan seseorang.

Imej atau maruah diri ada 2:
1.Imej atau harga diri masalah-masalah berbentuk lahir . Itulah apa masalah-masalah Tuhan jadikan semula jadi. Fisikal kita masalah-masalah Tuhan jadikan semula jadi. Jadi ada masalah-masalah wujud semula jadi pada diri kita

2.Imej atau harga diri yang berbentuk batiniah . Yang termasuk dalam bentuk ini misalnya: seperti kebolehan, ilmunya, kepandaian, keberaniannya dan lain-lain

Imej Kena Dijaga
Imej atau Maruah diri pada seseorang lebih besar nilainya dibanding hartanya. Karena dengan maruah itulah orang lain percaya atau tidak pada seseorang, yakin atau tidak. Sebab itu imej, maruah, identiti diri kena jaga. Dengan kata-kata lain ia jadi aset. Imej atau Maruah diri setiap orang wajib menjaganya, wajib mempertahankannya.

Kalau maruah diri wujud, dijaga dengan baik, tidak perlu minta orang lain hormat, maka orang akan hormat. Tak perlu minta orang lain yakin,orang akan yakin. tak payah kita minta orang malu dengan kita, nanti orang malu dekat kita.

1. Menjaga imej yang berbentuk lahiriah Fisikal kita masalah-masalah Tuhan jadikan semula jadi yaitu masalah-masalah wujud semula jadi pada diri kita, jangan nodai. Kalau kita nodai kita rosakkan diri kita, kita jadikan diri kita orang tak hormat pada kita, orang tak malu Dengan kita, orang tak yakin Dengan kita. Maruah lahir kita jaga dengan cara misalnya: tutup aurat, kena jaga pergaulan. Islam bukan melarang kita bergaul dengan lelaki. Islam mebolehkan kita bergaul dengan lelaki, tapi mesti jaga maruah. Nak belajar, nak mengajar, nak jadi korporat, nak berniaga boleh. Tapi kita kena jaga maruah. Cakap masalah-masalah perlu saja, jangan cakap masalah-masalah sia-sia. Jiran tengok jiran, jaga menjaga sesama jiran, itu disuruh. Belajar mngajar itu terpaksa dibuat. Tolong menolong tak dapat elak. Manusia tak dapat hidup sendiri, kena jaga menjaga, ingat mengingat. Namun jangan berniaga tapi akhlak Islam terbarai. Beraktiviti tapi akhlak terbarai, maruah jatuh.

Dengan lelaki ajnabi boleh bercakap, bergaul, tapi jangan berpegang-pegang. Boleh merangsang nafsu kedua-dua belah pihak. Nafsu amarah akan mendorong kita berbuat kejahatan. Kalaupun seseorang takut dengan Tuhan hingga tak berani buat maksiat, sedang nafsu terangsang, maka boleh terganggu fikiran kita, hilang kebahagiaan.

2. Menjaga imej yang berbentuk batiniah Imej yang berbentuk batiniah, seperti kebolehan, ilmunya, kepandaian, keberaniannya, dan lain-lain, tak boleh disia-siakan. Imej yang berbentuk batiniah ini karena boleh bermanfaat bukan saja untuk diri yang punya, tapi juga untuk masyarakat, maka ianya kena dijaga oleh dua pihak:
a. Pihak-pihak di luar orang yang mempunyai imej batin tersebut, seperti Kerajaan, masyarakat, mak ayah, atau pemimpin masyarakat kena menghormati seorang, malah ada kemampuan macam itu, kena diletakkan pada tempatnya. Itu termasuk kita menghormati atau menjaga imej orang itu.
Bila pihak-pihak tersebut faham bahawa imej batin ini adalah pemberian Tuhan pada masyarakat, maka tentulah mereka akan berusaha meletakkannya di tempat yang sesuai dengan kehendak Tuhan, akan meberikan kemudahan pada orang tersebut untuk menyalurkan kebolehannya, kepandaiannya, ilmunya, hingga akan segera terbinalah masyarakat yang terbangun tamadunnya.

b.Masalah-masalah empunya diri juga bila kemampuan kita dihormati, orang letakkan kita pada tempatnya, kena jaga imej batin yang Tuhan beri. Jangan megah, nanti identiti rusak. Jangan khianat, jangan disalahgunakan, jangan ambil peluang. Jangan melanggar aturan Tuhan, bila aturan Tuhan dilanggar maka identiti, maruah diri akan rosak. Bila kita rosakkan identiti kita, maruah diri jatuh, maka orang akan melupakan kita, orang tak hormat, maka kepandaian kita tak berharga lagilah.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer