Mati Boleh Datang Sedetik Lagi(1)


20/06/2006

Cuba bayangkan dan fikirkan sejenak keadaannya kalau tiba-tiba kita dijatuhkan hukuman gantung hingga mati. Atau kalaupun bukan diri kita, cuba bayangkan hal nasib kawan kita atau siapa saja yang telah dijatuhkan hukuman gantung padanya, akibat kesalahan yang dilakukan.

Dihukum gantung bererti mati. Jadi kalau sejam lagi kita atau kawan kita akan digantung bererti sejam lagi akan mati. Kalaulah kita sedar sejam lagi akan mati, apa keadaan kita waktu itu? Apa yang kita fikirkan dan rasakan? Dan apa yang akan kita lakukan? Terfikirkah waktu itu hendak bell rumah banglo? Tukar kereta baru? Isteri muda? Hendak buat simpanan di bank? Hendak ambil loan? Pangkat tinggi? Gaji besar? Ingin pujian dan sanjungan manusia? Dan kalau ada orang puji waktu itu sukakah lagi hati kita? Rasa sakit hati dengan manusia? Rasa dengki, dendam, bakhil, sombong, marah, angkuh, ujub, riak dan seribu satu macam kejahatan dan kelalaian yang kita buat selama ini? Tentu tidak. Semua itu hilang lesap dan fikiran kita. Kosong sekosongnya, bahkan kalau terlintaspun, terasa benci dan kesal yang tidak terkira-kira

Waktu itu kitalah manusia yang paling susah di dunia. Tiada sedikit pun rasa tenang, indah dan suka ria lagi.Kalau sate depan matapun, tidak lalu lagi. Apa juga nikmat dunia tidak guna lagi. Yang ada ialah takut, cemas, kecut, bimbang, kesal, gerun, keluh-kesah, sakit dada (kalau ada sakit jantung mungkin mati dulu sebelum digantung), bingung, perasaan bergelombang, fikiran buntu, perasaan kacau-bilau, huru-hara, kelam-kabut dan sesungguhnya adalah tidak terkata dan tidak tertulis di sini.

Anda rasailah sendiri dengan membayangkan yang sejam lagi anda akan mati. Boleh membawa rosak akal dan perasaan kita, bahkan boleh gila. Pemah diceritakan orang, mereka yang dalam kurungan sedang ditahan untuk dihukum gantung, masing-masing macam tidak siuman. Ada yang minum arak supaya mabuk kerana mahu melupakan kesusahan itu. Dahsyatnya kematian itu. Dia melenyapkan seluruh kebahagiaan manusia. Gelak ketawa, bergurau senda, bergembira, lenyap dan hidup manusia. Orang beriman tentu akan buat taubat Nasuha. Hatinya akan dipersembahkan sebulat-bulatnya pada Allah, diperhambakan seluruh hidup ke hadrat Allah, meratap, merintih, menangis, merayu dengan segala harapan agar Allah terima kematiannya dengan baik. Dalam pada itu diwasiatkan pada yang tinggal agar memaafkari kesalahan dan dosanya, membayar hutang, menjaga anak isterinya. Maka dia melangkah ke tali gantung dengan hati yang bergantung pada Allah SWT.
Tetapi kalau orang yang tidak beriman atau iman lemah, yang mana hatinya tidak kenal Allah, tidak kisah dengan Allah, tidak pernah minta, tawakal dan tidak tahu menggantung harap pada Allah, maka kucar-kacirlah jadinya. Itulah saat penderitaan yang paling dahsyat bagi sepanjang hidupnya. Di samping disusahkan kematian yang sejam lagi akan datang, kesusahan lain ialah mengenangkan apa kan jadi pada anak isteri dan apa hendak jadi pada harts benda yang disayangi.Itulah kesusahan di dunia sedangkan di barzakh lebih teruk lagi.

Demikianlah gawatnya saat-saat kematian itu. Yang mana kalaulah dirasai oleh kita, nescaya hal ini akan menentukan satu corak hidup yang jauh berbeza dengan apa yang kita lakukan sekarang. Kita tahu kita akan mati tapi kita tidak rasa yang kita akan mati. Atau kalau rasapun, kita kira lambat lagi. Rasa-rasa tidak mungkin yang Allah boleh matikan kita seminit dan sekarang. Sebab itu kita masih merancang hendak hidup lama dan lupakan persoalan-persoalan mati.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer