Manusia Perlu Sensitif Dengan Tuhan


28/05/2006

3,000 korban gempa -- Ribuan penduduk Yogjakarta panik, bimbang tsunami kedua berulang Daripada Sopha Sulaiman Utusan Malaysia Ahad 28 Mei 2006.

JAKARTA 27 Mei - Sekurang-kurangnya 3,000 orang dilaporkan terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan kota Yogjakarta, sekitar Jawa Tengah dan Jawa Timur pagi ini.

Gempa bumi itu menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk panik dan bergegas mencari tempat perlindungan kerana bimbang akan berlaku tsunami kedua selepas bencana tsunami di Aceh, Sumatera pada Disember 2004 yang mengorbankan ratusan ribu penduduk.

Gegaran dengan kekuatan 6.2 skala Richter selama 57 saat itu berlaku pukul 5.55 pagi waktu tempatan (6.55 waktu Malaysia) dan dikesan berpusat di dasar Lautan Hindi, kira-kira 37.6 kilometer di selatan Yogjakarta

ULASAN:

Apabila jiwa hidup atau jiwa jaga apa sahaja yang dilihat, dirasa, didengar, disentuh menambahkan iman. Orang yang jiwanya hidup sangat sensitif dengan Tuhan. Segala apa yang dialami terhubung terus dengan Khaliqul Alam, Tuhan sentiasa mengusik-usik perasaannya. Apatah lagi setiap yang hebat terasa olehnya kehebatan Tuhan. Setiap kebesaran yang dilihat terasa olehnya kebesaran Tuhan.

Perjalanan malam dan siang terasa olehnya pentadbiran pencipta alam. Air bah, gunung berapi yang meletup, gempa bumi terasa olehnya kekuasaan dan qudrat Tuhan. Setiap yang berlaku terasa olehnya kehendak Tuhan. Begitulah orang yang jiwanya hidup, rasa bertuhan sentiasa subur. Buahnya lahirlah rasa kehambaan yang mendalam. Tapi apabila jiwa mati atau jiwa buta, apa yang dilihatnya, didengar, dirasa dan sebarang kejadian tidak terasa apa-apa lagi. Bahkan makin membunuh rasa bertuhan rasa bertuhan terus mati. Side effect nya ialah rasa kehambaan hilang.

Maka berlakulah satu malapetaka yang besar kepada manusia di dunia. Apabila rasa bertuhan subur tidak ada berlaku berbagai-bagai gejala yang tidak sihat. Penipuan, penzaliman, rasuah, pembohongan, pembunuhan, penzinaan, perogolan, pencerobohan, pecah-belah di kalangan manusia di semua peringkat menjadi-jadi.

Akhirnya dunia jadi neraka, yang menderita manusia juga. Maka musnahlah seluruh kehidupan manusia. Segala kesenangan dan kemewahan sudah tidak ada erti apa-apa lagi.

Bala yang besar bukan gempa bumi, bukan ledakan gunung berapi, bukan banjir besar yang memusnah tapi ialah kekufuran di dalam diri atau di dalam hati. Bala yang disebutkan tadi bahayanya di dunia, tapi kekufuran bahayanya Neraka yang amat dahsyatnya.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer