Manusia Lupa Belajar Dari Diri Sendiri


29/03/2006

Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka dengan kecurian, penipuan, kidnap, rompakan dan pembunuhan. Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalism, mengganggu ketenteraman awam, khianat, peras ugut dan lain-lain jenayah. Lebih-lebih lagi yang tidak suka itu adalah orang kaya, yang berkuasa, korporat-korporat, orang-orang mewah dan senang hidupnya.

Tetapi mereka lupa adakalanya mereka juga menyumbang gejala masyarakat yang tidak sihat yang sungguh menyusahkan dan menakutkan. Mereka takut dengan kejadian-kejadian yang menakutkan itu tetapi secara sedar atau tidak sedar mereka juga menyumbang ke arah itu.
1. Sombong orang kaya orang membalas dendam, mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan.
2. Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak.
3. Tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa itulah adakalanya mereka membuat kerosakan kerana sakit hati dan dendam kesumat.

Mereka itu sudah tidak beragama, takut dengan Tuhan sudah tidak ada, mudah mereka membalasnya. Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang, ada harta dan kuasa yang sama-sama juga tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut hendak membuat aniaya kepada mereka.

Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga ada tindakan balas. Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif terjadi daripada pertarungan di antara orang kaya dengan yang tidak punya. Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah dengan orang senang, lahir jenayah. Hasil krisis moral di antara golongan atas dengan golongan bawahan lahirlah kerja-kerja tidak bermoral. Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya terjadi gejala yang bahaya.

Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana kejahatan kita yang tidak disenangi orang. Kejahatan dibalas dengan kejahatan, cuma bentuk kejahatan itu sahaja yang tidak sama di antara orang susah dengan orang senang. Oleh itu kalau kita hendak membaiki masyarakat, kenalah kita juga baik kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak membaiki masyarakat yang sudah jahat. Yang hendak dipulihkan jahat, yang memulihkan pun jahat, mana ada berkat. Jahat campur jahat jadilah masyarakat bertambah jahat.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer