Manusia Dan Kemanusiaan


16/02/2006

Islam agama Fitrah

Tentang manusia, semua orang tahu iaitu diri kitalah. Manusia itu banyak bangsanya. Salah satunya bangsa Melayu. Yang penting akan diceritakan adalah kemanusiaan.

Perkataan kemanusiaan, sudah selalu diambil dan disebut tapi kita agaknya tidak faham apa itu erti kemanusiaan. Selalu orang sebut Tak ada perikemanusiaan., Berperikemanusiaan lah sedikit. Kalau kita tak cakap perikemanusiaan, orang lain cakap. Tapi tahukah kita apa itu perikemanusiaan. Ini penting kita tahu.

Manusia seperti kita ini ada perikemanusiaannya. Itulah yang dikatakan fitrah. Manusia ada perikemanusiaan itulah fitrah semula jadinya. Bila dikatakan fitrah semula jadi, saya teringatkan satu ayat Quran yang berbunyi :

Al Islamu diinnul fitrah. Ertinya : Islam itu agama fitrah. Dengan kata-kata yang lain, Islam itu agama kemanusiaan.

Apa itu perikemanusiaan, apa itu fitrah atau apa yang dimaksudkan Tuhan berkata Islam itu agama fitrah?

Maksud ayat tadi adalah : perikemanusiaan itu atau fitrah itu adalah asas bagi agama. Ia tidak lengkap (sebagai agama) tapi ia jadi asas. Bila didatangkan wahyu, didatangkan iman, didatangkan perkara-perkara ghaib, di mana semua itu sebagai tunjangnya barulah lengkap agama itu. Tapi fitrah atau kemanusiaan itu benih agama. Bila datang agama maka manusia mudah faham, bila datang wahyu manusia akan mudah faham, bila datang Quran dan hadis, mudah faham. Bila datang berita ghaib dari Tuhan, mudah faham. Jadi fitrah itu asasnya.


Apa itu fitrah?

Apa itu fitrah semula jadi/kemanusiaan atau dengan kata lain apa watak manusia semula jadi itu, apa itu instinct. Instinct, fitrah semula jadi atau perasaan perikemanusiaan itu Tuhan sudah bekalkan dari lahir lagi. Cuma waktu bayi ia belum berkembang lagi, bila dewasa baru ia matang. Itulah yang dikatakan asas bagi agama. Datang wahyu, datang Quran, datang Hadis, datang berita-berita ghaib dari Quran memperlengkapkan agama. Benih untuk faham sudah ada. Kalau tidak ada fitrah ini, manusia tidak mampu untuk faham perkara-perkara tersebut. Kalau kita hendak bahaskan tentang fitrah dan kemanusiaan itu sangat luas, kita akan ambil yang penting-penting sahaja.

Fitrah itu Tuhan bekalkan pada manusia, Tuhan bekalkan unsur negatif dan positif. Semua manusia sama. Kehendak dan yang tidak kehendak bagi manusia sama. Yang dihendak dan yang tidak dihendak sama. Yang disukai dan tidak disukai sama. Yang menghiburkan dan yang tidak menghiburkan sama, yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan sama. Itulah yang dimaksudkan dengan fitrah.


Manusia boleh belajar dari Fitrah

Kalaulah fitrah manusia ini, atau perikemanusiaannya, perasaan semula jadinya tidak digugat, karena dia berada di dalam lingkungan masyarakat yang baik, atau persekitaran yang baik, tak datang atau tak digugat oleh perkara jahat dari luar kerana masyarakat baik dan dikekalkan perikemanusiaan atau fitrahnya maka itupun sudah boleh mencetuskan hidup aman damai, bahagia, harmoni. Cuma di akhirat tidak selamat lagi kecuali di zaman tidak ada Rasul, dia selamat. Tuhan akan kecualikan dia dari azab. Tapi bila agama sudah sampai tetapi seseorang hanya menggunakan fitrah, tidak menggunakan agama maka dia tak selamat di akhirat, hanya selamat di dunia sahaja.

Kalau manusia itu dapat dunia, dapat suatu yang menyenangkan maka dia akan gembira. Kalau dapat susah, dapat bala, miskin, ada tak orang gembira? Tidak ada, semua susah hati. Itulah yang di maksud fitrah, kemanusiaan. Sebenarnya manusia ini, yang dia rasa, orang lain juga rasa. Yang kita tak suka orang lain pun tak suka. Kalaulah manusia ini belajar dengan dirinya, dengan fitrahnya kemudian diamalkan, itu pun sudah cukup untuk selamat di dunia.

Tapi hari ini bukan sahaja agama musnah, perikemanusiaan pun sudah punah, rasa agama sudah punah ranah. Kita tak katakan orang selain Islam. Orang Islam pun perikemanusiaannya sudah musnah, seperti orang Arab, Turki, Melayu, Indonesia, Thailand, dan lain-lain. Kalau perikemanusiaan sudah musnah agama lagi punah.

Saya huraikan lagi tentang perikemanusiaan. Kalau kita disusahkan orang, kita tak suka. Kita pun tahu bahawa kalau orang lain disusahkan, dia tak suka juga. Kalau kita boleh belajar di sini, Kita tak suka disusahkan orang, dan orang tak suka disusahkan kita. kalau dikekalkan perkara ini, orang itu akan tinggi perikemanusiaannya. Hatinya akan berkata : Aku tak mahu susahkan orang sebab apa yang aku rasa, dia juga rasa. Orang seperti itu tinggi perikemanusiaannya.

Kalau orang hasad dengki dengan kita, kita susah dibuatnya. Begitulah kita dapat ilmu. Begitulah orang lain kalau kita tak suka didengki orang, kita pun tak mahu dengki dengan orang. Itu perikemanusiaan. Itu orang yang fitrahnya masih bersih.

Kalau dapat ilmu, dapat kekayaan, terhibur. Di sini manusia dapat belajar lagi bahawa : kalau begitu orang lain pun dapat ilmu, dapat kekayaan tentu terhibur. Apa salahnya kalau dikongsikan kegembiraan itu.

Tapi realitinya tidak begitu. Apa yang berlaku sekarang kalau orang hasad dengki, kita tak suka tapi kita suka hasad dengki pada orang. Itu tanda fitrah sudah rosak. Kita dapat ilmu, dapat kaya, dapat pangkat, suka. Tapi kalau orang lain dapat, kita hasad dengki, susah hati. Ertinya perikemanusiaan sudah musnah sedangkan perikemanusiaan itu asas agama. Jika faham yang ini kita akan faham contoh2 yang lain.

Kemudian, kalau fitrah ini dapat dikekalkan, kalau persekitaran itu baik atau pengaruh jahat daripada luar tak ada, dia dapat kekalkan perikemanusiaan, perasaan fitrah kekal maka masyarakat itu akan hidup aman damai, harmoni dan berkasih sayang.

Sebagai contoh, kalau orang yang duduk di hulu2 kampung, di gunung2, yang pengaruh luar kurang masuk, orang itu lebih baik fitrahnya, perikemanusiaannya daripada orang bandar. Sebab itu orang2 yang duduk di gunung atau hutan kalau kita hendak jadi tetamu, mereka senang. Mereka tak prejudis sebab tak ada hasad dengki, tak ada prasangka, sekalipun orang yang dia tak kenal. Tapi kalau di bandar, kalau kita tak kenal tak boleh jadi tetamu. Hendak bertamu sahaja sudah prejudis. Jangan-jangan penyangak. Nampak bezanya penduduk di gunung dan di bandar.

Orang-orang gunung seperti itu kerana tidak pernah tengok penyangak, tak ada dalam masyarakatnya pencuri, perompak, jadi tak prejudis. Orang bandar kerana sudah selalu nampak perompak, pencuri, dan lain-lain, jadi bila ada yang hendak tumpang tidur di rumah, keluar bermacam2 dalih. Akhirnya tidur di surau, di masjid. Tok siak pula sangka-sangka. Itulah realitinya.

Jadi orang yang tinggi perikemanusiaannya ini duduk di hulu-hulu yang tidak ada pengaruh luar. Hatinya lurus, cuma mereka itu tak maju, tidak membina tamadun, tidak dapat maklumat.


Fitrah mesti ditunjang oleh Iman

Tuhan sudah jadikan fitrah atau perikemanusiaan itu sebagai asas agama. Tapi fitrah ini walau baik macam mana sekalipun dia tak boleh tercabar. Kalau tercabar dia tak boleh pertahankan diri. Dia biasa duduk dalam keadaan tenang. Bila ada cabaran dia tak tahan. kalau haru biru dia akan terbawa sama. Kalau dia tak tindak balas dengan kejahatan orang, dia pula kecundang.

Kenapa fitrah tak tahan menghadapi cabaran? Kerana tunjang tak ada, cuma ada asas. Tunjang itu adalah :
iman,
perkara2 akhirat,
perkara2 ghaib.
wahyu,
sunnah,
Quran,
Hadis,
perkara2 ghaib,
cintakan akhirat.

Atau dengan kata lain agama adalah tunjangnya. Bila fitrah ditunjang oleh agama, barulah fitrah itu bukan sahaja boleh kekal, tapi akan subur, akan kuat jati diri.

Sebab itu orang yang fitrahnya sudah disuburkan oleh agama, dia tak jejas oleh cabaran. Orang buat jahat dengan dia, dia buat baik dengan orang itu. Luar biasa. Sebab sudah ada tunjang. Kalau perikemanusiaan sahaja tak mampu. Sebab itu manusia ini supaya jati diri kuat, jati diri teguh, mesti beragama. Fitrahnya dikuatkan iman, dikuatkan wahyu, dikuatkan Quran, dikuatkan oleh cintakan akhirat.

Di sinilah silapnya Umat Islam di akhir zaman ini, sama ada Arab, Turki, Kurdis, Indonesia, Melayu, Thailand dia sudah tinggalkan agama, kecuali minoriti sangat. Kalau adapun tinggal fitrah sahaja, ada kemanusiaan sahaja. Harapkan itu sahaja, bila ada cabaran tak boleh tahan. Dia tak boleh buat baik pada orang yang berbuat jahat pada dia. Pada orang yang buat baik pun dia buat jahat. Sebab itu orang Arab, Turki, Melayu, Indonesia, Pakistan yang beragama Islam, sudah lupus Islamnya tinggal fitrahnya sahaja, tinggal perikemanusiaannya sahaja. Kalau perikemanusiaan sahaja tak larat, tak mampu kena cabar. Ini yang terjadi hari ini.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer