Malu Dengan Nikmat Tuhan?????


31/07/2006

Soalan:
Bila kita dapat nikmat, kita perlu malu (dgn Tuhan). Bagaimana utk mulakan rasa malu ini?

Jawapan :
Kalau ada seorang kaya beri kita duit RM 10 ribu, tentu perasaan kita, hati kita akan rasa malu. Rasa diri tidak tentu arah dibuatnya. Kenapa? Sebab kita kenal orang itu dan tahu duit itu dari dia. Sedangkan dengan Tuhan, kita tidak kenal dan Dia beri nikmat pada kita pun bukan secara direct. Sebab itu kita tidak rasa malu dengan Tuhan. Sebab Tuhan beri itu secara indirect. Bagi orang yang tauhidnya kuat, walaupun Tuhan beri secara indirect, dia rasa malu dengan Tuhan seolah-olah Tuhan beri secara direct. Tetapi itu bukan mudah. Perlu kuat tauhid.

Kalau kita sedar Allah beri, tidak patut kita hendak rasa megah. Kalau kita rasa megah, akan datang perasaan tamak dalam diri sehingga orang lain tidak dapat merasa nikmat itu. Berapa banyak manfaat yang rosak kerana megah. Kalau kita sedar, tentu kita tidak akan rasa megah. Selagi perasaan megah dalam menerima nikmat itu tidak dapat dibuang, kita tidak akan dapat kemenangan kerana kalau dapat kemenangan, kita akan zalim.

Soal malu ini bukan setakat apabila dapat benda-benda lahiriah sahaja kerana ia kadang-kadang nampak besar tetapi hakikatnya kecil. Contohnya kalau kita dapat emas. Hakikatnya ianya kecil sahaja dibandingkan dengan dapat iman. Sepatutnya kita malu dengan Tuhan setiap kali selepas sembahyang. Macam kita lah dijemput ke istana sedangkan kita ini orang kampung. Tidak tentu arah rasanya. Sepatutnya sembahyang itu, begitulah kita rasa.

Sembahyang itu lebih besar dari intan. Kalau Tuhan tidak beri intan, kita tidak berdosa tetapi kalau Tuhan tidak beri kita sembahyang, kita akan berdosa. Tetapi kita tidak rasa begitu. Nikmat yang maknawi (nikmat diberi sembahyang) itu besar. Praktiskan rasa malu dengan Tuhan selepas sembahyang. Sebab itu selepas sembahyang kita perlu sujud syukur sebab Tuhan telah jemput kita untuk bercakap dengan-Nya.

Kalau kita lalaikan, dicabut perasaan malu sembahyang oleh Tuhan, beratlah. Kalau dapat ikan, kita sujud syukur, itu kecil sangat. Sembahyang itu besar untuk membaharui iman, meneguhkan balik. Sujud syukur itu mempunyai erti yang besar kerana dapat iman. Kalau kita rasa yang kita dapat itu besar sungguh, barulah sujud syukur terasa sedap. Ibadah itu sedap kerana kita tahu nilainya.

Selepas sembahyang, kita rasa berdosa. Apakah kita sujud syukur atas rasa berdosa itu?

Sujud syukur itu kerana Tuhan jemput kita.
Istighfar itu kerana tidak beradab.
Sujud itu atas rasa terima kasih dan rasa takut.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer