Malaysia Negara Contoh, Hidup Aman Harmoni


26/10/2005

Malaysia negara contoh hidup aman, harmoni
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Malaysia merupakan contoh baik kepada dunia mengenai bagaimana untuk hidup secara aman dan harmoni walaupun penduduknya berbilang kaum dan berlainan agama dan budaya, kata Karen Hughes, Setiausaha Rendah Diplomasi Awam dan Hal Ehwal Awam Amerika Syarikat.
Semua itu, katanya ditambah dengan kedudukannya sebagai pemimpin pelbagai organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), telah meletakkan Malaysia di kedudukan yang unik untuk memainkan peranannya dalam memupuk toleransi dan persefahaman di seluruh dunia.
``Saya percaya Malaysia boleh menjadi bahagian penting dalam program kita. Apabila saya katakan kita, saya maksudkan usaha masyarakat bertamadun untuk menentang
keganasan kerana di Malaysia anda mempunyai pengalaman daripada segi mempunyai penduduk berbilang kaum, berlainan kebudayaan dan berlainan agama yang boleh hidup bersama dalam suasana aman dan toleransi.
``Saya fikir ini boleh dijadikan contoh penting kepada negara lain di dunia, kepada Iraq, misalnya, kerana penduduk di sana sedang cuba mencari cara bagaimana
untuk hidup bersama secara aman, dan bagaimana penduduk yang berlainan agama, budaya dan pelbagai kaum boleh hidup secara harmoni,`` katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sudut Lincoln di Perpustakaan Kuala Lumpur.

ULASAN

Untuk selamat di dunia dan di Akhirat, umat Islam mesti membangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yang terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disiplin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun berjaya dan megah di dunia, di Akhirat akan rugi dan kecundang. Kerana segala usaha dan kemajuan itu tentunya tertolak dan tidak diterima oleh Tuhan. Nerakalah padahnya.

Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuan tanpa akhlak, ketenangan, keselamatan, keharmonian dan kesempurnaan hidup yang diidamkan tidak akan tercapai.
Kemajuan itu hanya setakat memperolehi kemudahan hidup atau bermewah-mewah sahaja. Kerana apabila pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidak bertunjangkan iman dan taqwa dan tidak bersama akhlak yang mulia, ia ada side effectnya yang tidak baik. la tidak terlepas dari gejala masyarakat yang tidak sihat, jenayah dan kemungkaran. la tidak terlepas dari berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati, pergaduhan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, kekuatan umat Islam tidak akan kekal lama.

Kemajuan fizikal semata-mata, tidak kira betapa hebatnya akan cepat jatuh dan musnah kalau orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah mereka.


Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer