Mahmudah
25/01/2006
Taubat Nabi Adam a.s.
Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat
Nabi
Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta
Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata,
"Wahai Adam, tenanglah
hatimu
sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."
Jawab Nabi Adam a.s.,
"Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada
pertanyaan,
maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"
Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s.,
"Hai Adam, Kuwariskan
kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada
mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan
sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon
ampunan-Ku, Aku
tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa.
Hai
Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam
keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka
dikabulkan."
Tuhan Maha Penerima Taubat
Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang
beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya
selama
20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah
janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah
tentu
telah dekat dengan kematian.
Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh,
"Hai Tuhanku,
aku
telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu
selama 20
tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau
menerima-Ku?"
Kemudian dia mendengar suatu suara berkata,
"Engkau telah mencintai-Ku,
maka
Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun
meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi
waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang
berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat.
Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan
kedua
matanya bercucuran air mata, lalu menjawab,
"Sesungguhnya Syurga itu
mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang
kala
terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang
diserahi
tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"
Taubat Dengan Menebus Dosa
Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah
membunuh 99
orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di
dunia
ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib.
Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya
telah
membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu
mengatakan
tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah
seratus
orang.
Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini.
Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada
orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh
bertaubat.
Jawab orang alim itu,
"Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu
daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana,
orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama
mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah
jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka
berselisihlah
malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak
menguruskannya.
Malaikat rahmat berkata, "
Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."
Malaikat azab pula berkata,
"Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."
Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa
untuk
memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah
kampung
pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang
ditujuinya
dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat
rahmat.
Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih
beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana
itu
wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi
menebus
dosa-dosanya.
- 1769 reads
Post new comment