Latar Belakang Sejarah Perjuangan Rasulullah


23/10/2006

Mengapa Allah utuskan Rasulullah kepada satu bangsa yang paling lemah waktu itu dan tiba-tiba bangsa itu menjadi empayar? Supaya siapa yang hendak menguatkan bangsa dan negaranya mengambil contoh dan Baginda. Tuhan contohkan Rasulullah yang diutuskan di kalangan negara dan bangsa yang paling mundur ketika itu. Berikut adalah gambaran bangsa Arab waktu itu:
i.Waktu itu bangsa Arab paling miskin dibandingkan dengan Rom, Parsi dan negara China

ii. Bangsa Arab waktu itu sangat berpecah belah, suka berperang sesama etnik dan kabilah sejak beratus tahun. Kadang-kadang kerana seekor kambing atau perkara-perkara kecil, kabilah itu boleh berperang selama seratus atau dua ratus tahun. Kalau ada seseorang hendak pinang anak gadis dalam kabilah itu, syaratnya dia kena penggal kepala musuh sebagai mas kahwin.

iii. Ekonominya dikuasai Yahudi terutama di Madinah. Orang Arab jadi hamba. Barang mentah dikawal oleh Yahudi. Ia diproses, dijual dengan harga yang mahal.

iv. Mereka hidup secara primitif dan semula jadi.

v. Mereka tidak tahu membaca dan menulis. Contohnya, dalam kabilah Sayidina Umar, hanya dia seorang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Paling banyak dalam sesuatu kabilah hanya dua atau tiga orang sahaja yang celik huruf.

vi. Lantaran itu, bangsa Arab ketika itu sentiasa dijajah oleh dua empayar besar iaitu Rom dan Parsi. Kadang-kadang oleh Rom dan kadang-kadang oleh Parsi. Rom dan Parsi sentiasa berperang kerana hendak wujudkan kuasa di negara Arab itu.

Bilamana Allah hendak utuskan Rasul-Nya, Allah tidak utuskan kepada Rom dan Parsi. Kalau kepada Parsi tentu lebih mudah kerana bangsa itu sudah bertamadun, boleh membaca dan menulis. Begitu juga kalau diutus kepada Rom, sudah ada ramai ahli falsafah seperti Aristotle, Plato dan lain-lain. Kalau Rasulullah diutus kepada bangsa Rom sudah tentu Rasulullah mengambil masa tiga tahun sahaja untuk didik bangsa itu menjadi empayar kerana mereka memang cerdik, tinggal hendak diberi iman sahaja.

Tetapi Allah sengaja utuskan Rasulullah kepada bangsa Arab yang waktu itu sangat dahsyat kerosakannya. Namun satu rekod di dalam sejarah kepimpinan dunia, Rasulullah ambil masa 23 tahun sahaja. Bukan sahaja bangsa Arab jadi berdaulat bahkan menjadi empayar, jadi guru kepada dunia hingga Barat menjadi murid kepada Islam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer