Kuasa Mutlak Kepunyaan Tuhan


05/05/2006

Sistem amaran tsunami gagal
NUKUALOFA , Tonga 4 Mei Jika gempa bumi besar di Pasifik Selatan malam tadi menghasilkan ombak tsunami, ramai penduduk di pulau-pulau yang tidak mengetahui sehingga mereka dilanda ombak besar.

Selepas hampir 18 bulan kejadian tsunami Lautan Hindi yang menyebabkan kira-kira 216,000 terbunuh atau hilang dan mencetuskan pemasangan sistem amaran yang lebih baik, penduduk di pulau-pulau Pasifik tidak mengetahui langsung atau sedikit mengenai kemungkinan ombak besar ini.

Kejadian kali ini tidak menyebabkan kerosakan besar ataupun kehilangan nyawa.

Amaran yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Honolulu menyatakan, Fiji, New Zealand, Tonga, Niue, Samoa Amerika, Samoa dan Wallis-Furtuna mungkin terancam.

Bagaimanapun amaran tersebut ditarik balik dua jam kemudian selepas terhasilnya ombak kecil setinggi 60 sentimeter.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, amaran pertama dikeluarkan 16 minit selepas gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher melanda pada pukul 4.26 pagi ini (11.26 malam, Rabu waktu Malaysia) yang berpusat di 150 kilometer di selatan Neiafu, Tonga dan 2,160 kilometer di utara-barat laut Auckland, New Zealand.

Bagaimanapun Pemangku Pengarah Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Gerard Fryer berkata, amaran tsunami itu tidak diterima di Tonga yang terletak paling hampir dengan pusat gempa berikutan masalah tenaga elektrik.

Terdapat masalah di Tonga apabila berlaku masalah bekalan tenaga elektrik dan mereka tidak mendapat amaran awal, katanya sambil menambah, pusat tersebut perlu bekerjasama bagi membaiki keadaan.

Kami biasanya menghantar mesej menggunakan e-mel, faks, membuat panggilan telefon ke tempat-tempat yang paling hampir dengan pusat gempa bagi memastikan penduduk mendapat amaran, kata ahli geofizik pusat itu, Victor Sardina.

Timbalan Pengarah Pejabat Bencana Kebangsaan Tonga, Mali-u Takai berkata, , pihaknya tidak menerima sebarang amaran.

Tidak ada sesiapa yang menerima amaran melalui sistem satelit kecemasan di pejabat meteorologi, katanya.

Bagaimanapun sebarang amaran mungkin sudah terlewat bagi penduduk Tonga jika berlaku ombak besar kerana kedudukannya terlalu hampir dengan pusat gempa.

Di Fiji walaupun amaran tsunami kedengaran di Suva, pihak berkuasa didapati gagal memaklumkan kepada penduduk terutamanya yang tinggal di pulau-pulau kecil dan terpencil berikutan masalah komunikasi.

Bagaimanapun keadaan berlainan di New Zealand apabila terdapat terlalu banyak maklumat sehingga menyebabkan beribu-ribu penduduk di pantai timur negara itu bergegas meninggalkan rumah masing-masing.

AP

ULASAN:
Manusia ini jika rasa bertuhannya tidak ada atau langsung tidak percaya adanya Tuhan, lebih sahaja sedikit dari orang lain sudah rasa luar biasa.Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan boleh menyelesaikan semua perkara. Ada ilmu, sudah merasakan seolah-olah segala masalah selesai.

Tapi dia lupa, bolehkah dia melindungi dirinya dari sakit dengan ilmunya?
Bolehkah dengan ilmunya, menjauhkan diri daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja?

Tentu sekali para ilmuwan telah dapat memberi jawapannya.Bukankah ilmu yang diperolehi itu tidak dapat memberi hasilnya melainkan Tuhan juga yang akan menjayakannya.

Apabila Tuhan memberi ilmu, Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu.Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya, orang itu menganggap dialah yang punya ilmu, dia mahu dihormat dan dipuji.Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu.Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya, Tuhan pinjamkan kepadanya.

Mana manusia ada kuasa, walau bagaimana tinggi ilmu dan kecekapannya!. Manusia tidak boleh membendung, tidak boleh menolak banyak perkara.Bukankah ini menunjukkan ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia?

Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian tidak dapat menyelamatkannya? Fahamilah maksud perbuatan dan ketentuan Tuhan bukan maksud seperti yang kita fahami.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer