Konsep Penyelamat

Kuliah Perjuangan


25/08/2005

KONSEP PENYELAMAT

PENYELAMAT ertinya orang yang dapat melindungi, membela dan bertanggung jawab pada seseorang mengenai hal yang ada hubungan dengan dirinya, lahir dan batin.
Dalam ajaran Islam, penyelamat sebenar adalah seorang pemimpin bersama regu dan pengikutnya yang dapat menyelamatkan orang lain dalam semua hal; lahir dan batin.
Ertinya, dapat menyelamatkan imannya dari kufur. Dapat kita menjadikan dia orang yang beriman. Kita juga dapat selamatkan ilmunya. Kalau kita tidak bertanggungjawab, mungkin dia tidak berilmu, tetapi dapat kita memberi ilmu kepadanya. Begitu juga dari segi kehidupannya, kalau kita tidak bertanggungjawab, kehidupannya terbiar. Mungkin dia merempat , hidup papa kedana.Kalau tidak kaya pun, kita boleh usahakan hidup sederhana, termasuk memberi tempat perlindungan kepadanya dan sebagainya.

Dengan kata lain, kita dapat menyelamatkannya di dunia dan Akhirat.
Keperluan dunianya dapat dijaga...yakni menjaga keperluan-keperluan dan kekurangan dunianya termasuk aspek ekonominya, pendidikannya dan sebagainya. Dan boleh menyelamatkannya dari Neraka, kerana berjaya mentarbiah dan menanam iman di dalam hatinya hingga dia kenal Allah.Hingga menarik dia mencintai Akhirat lebih dari dunia. Kalau dibiarkan, mungkin dia tidak boleh selamat dari Neraka. Tetapi oleh kerana tanggungjawab pemimpin bersama pengikutnya yang mendidik, menjadi sebab dia diselamatkan daripada api Neraka.

Itulah PENYELAMAT . Paling-paling tidak, yang dikatakan penyelamat itu, dia dapat selamatkan kehidupan di dunia.
Hidup di dunia merupakan kepentingan bersama. Sebab itu keperluannya
bersama. Setidak-tidaknya di dunia ada team kepimpinan dan pengikutnya sebagai penyelamat yang bertanggungjawab kepada manusia hingga mereka berkasih sayang, tidak ada ketakutan, tidak ada penindasan hingga mereka terasa selesa hidup di dunia ini.

Kalaupun tidak dapat selamatkan sesetengah orang dari Neraka, umpamanya kafir zimmi, orang yang tidak benar aqidahnya, sekurang-kurangnya kita dapat selesakan hidupnya di dunia. Mereka akan selamat di dunia walaupun tidak selamat di Akhirat. Jadi golongan yang memberi perlindungan dan keselamatan inilah yang dikatakan PENYELAMAT menurut ajaran Islam.

Tapi dalam dunia hari ini, yang disebut-sebut sebagai penyelamat itu hanya dapat selamatkan dua tiga orang. Hanya golongan minoriti.Bukan untuk umum. Memang ada pemimpin, team kepimpinan, dan pengikutnya yang boleh menyelamatkan orang, tapi yang diselamatkan hanya bilangan jari. Umumnya, majoriti, 99% tidak selamat.
Yang dikatakan PENYELAMAT sebenar itu seorang pemimpin bersama regu dan pengikutnya yang dapat membawa keselamatan dan perlindungan kepada majoriti manusia di dunia. Barulah dikatakan PENYELAMAT . Tapi kalau dia hanya membawa keselamatan kepada segelintir orang sahaja, itu belum boleh dikatakan penyelamat.

SEKIAN

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer