Konsep Negara Dalam Islam(2)

Kuliah Perjuangan


31/07/2006

Bismillahirrahmaanirrahim.
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.)

Pemimpin yang baik sangat menjaga apa yang datang dari luar. Samada yang berbentuk lahir mahupun batin. Samada berbentuk luaran ataupun rohaniah. Kerana takut bangsanya rosak. Takut semua yang ada dalam negara itu rosak. Sebab itu setiap negara ada border. Ada imigresen, ada kastam, ada pengawal keselamatan untuk lihat apa yang masuk. Kalau orang yang masuk, dia perhati samada orang jahat atau intelligence. Tidak terus dibenarkan masuk. Begitu juga bahan-bahan yang dibawa akan diperiksa. Adakah ia boleh merosakkan akhlak atau tidak?

Begitu juga jenis makanan atau ubatan. Apakah ia boleh rosakkan fizikal atau akal?Itulah tanggungjawab pemimpin untuk menjaga bangsanya. Itulah sebab mengapa bangsa perlu rumah iaitu negaranya. Alangkah malangnya kalau apa yang datang dari luar tidak dikawal hingga rosak bangsa itu. Suatu bangsa yang telah rosak, tidak rosak hanya untuk 50/60 tahun. Paling singkat, 200 tahun. Kalau bangsa itu telah dirosakkan oleh bahan luar maka kerosakan itu mengambil masa 200 tahun untuk dipulihkan. Dalam Islam, untuk pulihkan kerosakan itu, bukan oleh pemimpin biasa tetapi oleh pemimpin yang Tuhan tunjuk iaitu Rasul-rasul. Waktu Rasul tidak ada, Tuhan lantik mujadid. Sekalipun pemimpin itu waraq, kalau tidak ditunjuk Tuhan, dia tidak mampu baiki kerosakan itu. Sekadar untuk keselamatan dirinya sahaja. Sebab itu diutuskan mujadid, yang datang 100 tahun sekali.

Alangkah malangnya kalau pemimpin itu sendiri merosakkan bangsanya, agamanya, ekonomi, budayanya dan lain-lain lagi. Bukan dirosakkan dari luar tetapi dari dalam sendiri. Bukan oleh rakyat tetapi oleh pemimpin sendiri. Hari ini kita lihat negara umat Islam, seolah-olah negara itu bukan rumah untuk menjaga maruah bangsa itu. Kalau pun mereka bertindak, hanya di sesetengah sudut sahaja yang mereka sibuk hendak jaga. Mereka jaga, takut ajaran sesat masuk. Akhlak jahat :masuk, tidak apa. Bahan bacaan rosak masuk, tidak apa. Individu luar masuk, bercakap atas nama kebudayaan bangsa itu, hendak tunjuk peha atau dada, tidak dianggap rosak. Yang hendak dijaga sangat, ajaran sesat. Itupun tidak tahu sejauh mana sesatnya sebab kesesatan tidak boleh diukur oleh sesuatu kelompok. Sesat atau tidak, itu dari ukuran Tuhan. Tetapi itulah yang diriuh rendahkan. Unsur-unsur lain yang merosakkan roh, merosakkan akhlak, merosakkan ekonomi, itu didiamkan kerana pemimpin dapat untung. Yang untung musuh.Ini paling malang. Kita sendiri yang merosakkan. Ayah dalam rumah, merosakkan anak-anakya. Ini lebih-lebih lagi malang.

Kalau yang merosakkan itu dari luar, itu biasa. Seorang ayah, kerana tidak mampu pertahankan diri hingga anaknya diambil orang, itu biasa. Tapi kalau ayahnya sendiri merosakkan anak, itulah yang malang. Begitulah keadaan pemimpin negara umat Islam hari ini. Negara tidak jadi tempat untuk pertahankan maruah lagi. Pemimpin bukan jadi orang yang merancang untuk pertahankan bangsanya bahkan pmimpin itu sendiri bawa masuk bahan-bahan yang tidak sihat samada bahan bacaan, makanan, minuman yang merosakkan akal dan fizikal, kebudayaan dan lain-lain lagi. Bahan-bahan itu tidak dikawal hingga rosak bangsa itu.

Sekarang sekolah jadi tempat kerahan tenaga sebab bangsa telah rosak. Setiap hari bergaduh. Kerana pemimpin negara itu tidak pertahankan rakyatnya. Tidak kawal dan tidak displinkan. Yang dia tidak hendak, dia kawal supaya tidak masuk. Yang dia hendak, dia beri masuk. Ini sudah jadi masalah dunia Islam. sebab semua sudah rosak. Ia bermula dari merdeka lagi tidak dijaga sistem pendidikan, kebudayaan, ekonomi, perhubungannya menyebabkan negara itu boleh dibolosi oleh musuhnya. Akhirnya yang kena attack, pemuda pemudi atau remajanya.

Kadang-kadang kita pun prejudis dan rasa curiga bila hendak naik pemimpin baru, " Jangan-jangan inilah pemimpin yang akan merosakkan lagi negara." Sebab kita sudah ada pengalaman puluhan tahun. Kedatangan pemimpin menyebabkan kita fobia. Apa lagi yang dia hendak rosakkan pada bangsanya.

Ini sebagai asas berfikir, macamana pandangan Islam terhadap negara. Negara adalah rumah bangsa, tempat hendak jaga maruah. Jangan dirosakan oleh unsur luar. Pemimpin kena bertangungjawab supaya unsur luar tidak masuk.

Sekian.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer