Konsep Negara Dalam Islam(1)

Kuliah Perjuangan


30/07/2006

Bismillahirrahmaanirrahim.
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.)

Bila kita hendak bercakap tentang negara menurut pandangan Islam, menurut Islam, negara itu ialah seluruh kawasan yang dikelilingi border dan sempadan negara-negara lain. Biasanya negara dikatakan rumah rakyat. Negara itu dianggap rumah sesuatu bangsa atau rumah rakyat. Di dalamnya mungkin ada berbagai etnik. Sepertilah juga keluarga ada rumah dan seperti individu yang ada rumah, jadi bangsa pun ada rumah. Itulah negaranya.

Perbahasan kita tentang rumah bangsa atau rumah rakyat iaitu negara itu. Mengapa pula suatu bangsa itu perlu ada rumah iaitu negara? Tidak cukup itu, rumah rakyat itu mesti ada pemimpin. Kalau tidak, siapa hendak mengatur rumah. Dia mesti ada team kepimpinan. Kalau tidak, siapa hendak membantu kepimpinan pemimpin? Sebagaimana keluarga juga ada rumah, yang di dalamnya ada pemimpn. Biasanya ayah. Kalau tidak ada ayah, suami atau anak yang paling tua, menjadi ketua. Atau orang-orang yang ditua-tuakan. Kalau rumah tidak ada ketua, huru hara.

Kemudian mengapa pula setiap bangsa itu perlu ada negara? Inilah yang kita hendak jawab dengan tajuk Konsep Negara Menurut Pandangan Islam ini. Kerana satu-satu bangsa itu ia ada maruah. Oleh kerana kita perkatakan tentang Islam, maka maruah itulah aurat. Aurat individu adalah maruah individu. Aurat keluarga, itulah maruah keluarga. Aurat bangsa, itulah maruah bangsa. Biasanya, bila dikatakan maruah, ia benda besar. Perkara yang tidak boleh dijual beli. Tidak boleh ditukar ganti kecuali tebusannya adalah nyawa. Saya ulang lagi, menurut pandangan Islam, bila dikatakan maruah, itu sangat besar dan sangat agung kepada bangsa itu. Kerana ia agung dan besar maka ia sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Tebusannya adalah nyawa. Kalau begitu, soal ini yakni apa yang dikatakan oleh Islam, sesuai dengan fitrah semulajadi manusia sebab Islam itu agama fitrah. Kalau sudah bercanggah dengan kita, itu bukan Islam. Samada kita sedar atau tidak.

Ertinya, maruah ini dipandang besar. Islam melihat begitu dan fitrah juga melihat begitu. Sebab itu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pun sudah buat undang-undang tentang hak asasi manusia yang tidak boleh diganggu gugat oleh orang lain. Sejak diwujudkan PBB selepas Perang Dunia Kedua, sama-sama setuju bahawa maruah bangsa itu adalah hak asasi bangsa itu. Tidak boleh dicabar. Kalau dicabar, akan dihukum atau diperangi. Jadi negara itu adalah maruah bangsa. Maruah itu sangat besar. Sesiapa yang menggadai maruahnya, dia sedang bermusuh dengan fitrahnya.

Apa itu maruah bangsa? Iaitu diri setiap bangsa, agamanya, negaranya, akhlak bangsa itu, khazanah-khazanah negaranya dan lain-lain. Ini maruah. Sepertimana keluarga ada maruahnya iatu rumah tangganya. Nisbah satu keluarga, kerana hendak jaga maruahnya, sebab itu perlu ada rumah. Kalau tidak, maruah tidak terjaga. Apa buktinya apa yang saya katakan maruah itu, benar-benar maruah? Walaupun sesetengah orang, maruahnya sudah rosak dan fitrahnya juga sudah rosak tetapi bila terjadi sesuatu kejadian, fitrahnya tidak boleh terima. Dalam sesetengah waktu, bangun fitrahnya. Tanpa agamanya beritahu, fitrahnya beritahu padahal dia tidak lagi fikir tentang maruahnya.

Contohnya, katalah seorang perempuan yang sudah rosak fitrahnya hingga tidak pedulikan maruahnya. Bahkan dia bangga mendedahkan aurat dan bergaul bebas. Tetapi sekali sekala terbangun fitrahnya. Katalah perempuan itu lalu depan kita, kita lihat dia ke atas, ke bawah, dia akan kecil hati. "Apa orang ini pandang-pandang aku." Padahal maruahnya sudah rosak. Dia seronok kalau dilihat oleh orang yang sama-sama rosak maruahnya dan orang yang dia sayang. Tapi selain pada itu, dia marah. Sekali sekala, fitrahnya hidup balik. Walaupun Cina, Benggali boleh bawa dia dan dia bangga tetapi macam kes yang saya rebut tadi, datang rasa malu dan tercabar maruahnya. Itulah maruah. Kalau bukan maruah, dia tidak tercabar. Kalau kita renung rumahnya, dia mungkin rasa bangga tetapi kalau kita tengok aurat dia, dia malu. Itulah bukti bahawa badan kita ini maruah. Kalau kita faham hal ini, kita akan mudah memahami negara.

Sebab itu kalau kita lihat satu rumah yang ada orang di dalam rumah itu, orang itu akan marah sebab itu maruahnya. Jadi kalau begitu, mengapa satu bangsa itu perlu ada rumah? Mengikut ajaran Islam, kerana hendak jaga aurat atau maruah. Hendak jaga setiap individu agar jangan sampai dirosakkan orang. Jangan sampai negara diambil orang atau dijajah, jangan sampai agama dirosakkan orang, jangan sampai akhlak kita dihancurkan orang, jangan sampai bahan mentah dan ekonomi kita dikaut orang, maka itulah tujuannya sesuatu bangsa itu perlu ada negara. Kalau tidak, tidak akan selamat. Kehidupan, akhlak, agamanya, khazanah negaranya tidak selamat.

Negara yang merupakan satu rumah besar untuk satu bangsa, perlu seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan boleh menjaga maruah bangsa sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Supaya jangan dirosakkan dari luar. Pemimpin yang baik akan menjaga maruah yang ada hubungan dengan bangsa. Dia akan buat satu peraturan yang menjamin keselamatan agama bangsanya, akhlak bangsa, kebudayaan bangsa dan kekayaan bangsa itu. Semuanya terpelihara.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer